Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Penjawat awam, isteri dapat cuti jagaan bayi tanpa gaji tambahan 4 minggu

Mar 02, 2017 | 06:27 PM



MULAI Julai, perkhidmatan awam akan memberi cuti jagaan bayi tanpa gaji tambahan selama empat minggu bagi setiap ibu dan bapa.



Cuti itu harus diambil dalam umur setahun anak.



Di bawah skim perintis yang diumum pada Khamis (2 Mac), penjawat awam dan isteri mereka dijamin akan mendapat cuti ibu bapa selama enam bulan setiap pasangan.



Ini bermakna selagi salah seorang ibu bapa adalah penjawat awam, pasangan itu boleh mendapat cuti hingga 26 minggu, atau enam bulan.



Kedua-dua penjawat awam, lelaki dan wanita, boleh memohon cuti itu. Penyelia juga harus meluluskan semua permohonan bagi cuti tersebut dan membuat penyesuaian kerja yang perlu, selagi notis munasabah diberi.



Skim ini bertujuan membantu memudahkan ibu bapa yang baru kembali bekerja dan menyokong mereka dengan lebih baik di tempat kerja, kata Menteri Negeri Kanan Josephine Teo, yang menyelia hal kependudukan, semasa perbahasan belanjawan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Parlimen.



Ia menyusuli dasar cuti baru-baru ini, seperti cuti dua minggu bapa yang wajib, yang bermula pada 1 Jan.



Skim baru itu akan berjalan selama tiga tahun untuk memberi perkhidmatan awam cukup masa bagi melihat kesan cuti ibu bapa lebih panjang di tempat kerja, dan untuk melihat apakah praktikal untuk melancarkan skim tersebut di seluruh negara pada masa akan datang, kata Cik Teo.



Beliau juga berharap syarikat swasta akan memperkenal dasar cuti yang sama, walaupun beliau mengingatkan bahawa cabaran skim cuti tidak boleh dipandang ringan.



Semasa perbahasan itu, Cik Teo juga memberi gambaran keseluruhan mengenai apa yang dilakukan pemerintah bagi menyokong pasangan muda yang ingin mempunyai anak.



Ini termasuk akses lebih cepat kepada perumahan awam, dan lebih banyak tempat di pusat jagaan bayi.



Bagi ibu bapa yang lebih suka bayi mereka dijaga di rumah, SEED Institut Kongres Kesatuan Sekerja Kebansgaan (NTUC), yang melatih pendidik jagaan awal kanak-kanak, akan bekerjasama dengan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK untuk memperkenal kursus baru yang mengajar pembantu rumah cara menjaga bayi.



Kursus ini akan memberi tumpuan pada keselamatan dan kebersihan, serta membantu kedua-duanya, majikan dan pembantu mereka, mewujudkan satu pemahaman bersama tentang cara bayi harus dijaga.



Ia mempunyai 100 tempat sekarang, dan jumlah itu boleh ditambah pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >