Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: SAF akan hantar pasukan perubatan ke Iraq tahun depan

Aug 15, 2016 | 03:35 PM



SINGAPURA akan mengembangkan sumbangannya kepada pasukan perikatan yang menentang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dengan menghantar pasukan sokongan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ke Iraq depan.



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberitahu Parlimen pada Isnin (15 Ogos) pasukan perubatan itu akan dikerahkan kira-kira tiga bulan, dan komposisinya akan diputuskan selepas penilaian keperluan.



Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang) meminta Dr Ng memberi maklumat terkini mengenai pengerahan Singapura untuk menyokong perikatan itu memandangkan insiden pengganasan baru-baru ini di seluruh dunia dan juga penangkapan warga Singapura yang menjadi radikal baru-baru ini di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan kali pertama bahawa Singapura akan meningkatkan sumbangannya dalam memerangi pengganasan, dalam satu sidang akhbar bersama Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, semasa lawatan rasmi ke Amerika awal bulan ini.



Dr Ng berkata pasukan sokongan perubatan itu akan menjaga askar dan juga orang awam yang cedera dalam pertempuran menentang ISIS, dan akan dilindungi oleh askar daripada Pasukan Pengerahan Tentera Darat (ADF) yang baru dibentuk.



ADF satu unit respons pantas sebesar sebuah batalion yang ditubuhkan oleh SAF bulan lepas dan akan bekerja bersama pasukan Home Team sekiranya kejadian pengganasan berlaku di sini.



"Pengerahan kita di Iraq akan menambah sumber perubatan perikatan sedia ada," kata Dr Ng.



"Melalui pengerahan ini, kakitangan kita juga akan mendapat pengalaman operasi yang baik."



Pasukan Analisis Imejan SAF dikerah ke Ibu Pejabat Pasukan Bertindak Gabungan di Kuwait sejak September lalu.



Singapura juga menghantar 492 askar SAF ke Afghanistan semasa pengerahan enam tahun ke Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), yang termasuk sokongan perubatan.



Ia pengerahan luar negara paling lama SAF dan berakhir pada Jun 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >