Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Usul dikemuka bagi ucap tahniah kepada Joseph Schooling, pasukan Rio SG

Aug 15, 2016 | 02:15 PM



PERENANG negara Joseph Schooling secara rasmi diucapkan tahniah di Parlimen pada Isnin (15 Ogos), kemuncak sambutan bagi juara Olimpik Singapura itu, yang bermula dengan ratusan menyambutnya pada pagi di Lapangan Terbang Changi dan kemudian berita penangguhan Perkhidmatan Negara (NS) beliau dilanjutkan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam laman Facebook pada Sabtu bahawa Parlimen akan mengemukakan usul mengucapkan tahniah kepada Schooling atas kemenangan pingat emasnya, dan untuk menyatakan sokongan kepada atlet Singapura yang bertanding dalam Rio 2016.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, yang juga presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, mengemukakan usul itu.



Pencapaian Schooling menandakan "satu peristiwa penting dalam sejarah sukan Singapura dan satu permulaan baru", katanya.



Kemenangan bersejarah beliau mencerminkan semangat Singapura, "sikap tidak menyerah kalah kita", tambah Encik Tan.



Ini kali pertama usul serupa itu dikemuka. Usul ialah cadangan bagi Anggota Parlimen memastikan sesuatu dilaksana atau untuk menyatakan pendapat mengenai perkara yang menjadi kepentingan.



Pada Sabtu (13 Ogos), Schooling menewaskan pemenang 23 pingat emas Olimpik, Michael Phelps, untuk merangkul emas dalam acara renang 100m kuak kupu-kupu.



Masa yang beliau catat - 50.39 saat - adalah rekod baru Olimpik dan Asia. Phelps meraih pingat perak bersama perenang Chad le Clos dari Afrika Selatan dan Laszlo Cseh dari Hungary, yang kesemuanya mencatatkan masa 51.14 saat.



Penangguhan NS akan membolehkan Schooling meneruskan latihan di Universiti Texas di Austin, Amerika Syarikat, tempat beliau sedang melanjutkan pelajaran, menjelang Kejohanan Dunia tahun depan dan Sukan Olimpik Tokyo pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >