Parti Pekerja: Sumbangan Encik Lee diingati generasi mendatang

KETUA Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, telah melahirkan rasa simpati serta salam takziah kepada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong serta keluarganya.

Katanya, Encik Lee adalah Perdana Menteri pertama Singapura yang memimpin pemerintah melebihi tiga dekad dan kemudian berkhidmat selaku Menteri Kanan dan Menteri Pembimbing di Kabinet selama 21 tahun.

Beliau telah memimpin Singapura dengan sekumpulan individu yang berfikiran sama pada tahun-tahun awal kenegaraan termasuk tempoh sukar percantuman Sigapura dengan Malaysia dan kemudian kemerdekaan pada 1965.

Encik Lee berkhidmat sebagai pegawai awal hampir seumur hidup dewasanya. Pemergian Encik Lee menandakan akhirnya satu era dalam sejarah Singapura.

Sumbangan Encik Lee akan diingati generasi akan datang.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.