PARTI-PARTI politik Indonesia berkata mereka bersedia berbincang bagi menjalin pakatan sebagai persiapan menampilkan calon dalam Pemilihan Presiden 2014 Julai ini.
Di bawah undang-undang Indonesia untuk menamakan calon Presiden, sesebuah parti atau pakatan parti perlu memperolehi 25 peratus undi popular atau 20 peratus undi dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mempunyai 560 kerusi.