Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasang mesin khas untuk hasilkan baja sendiri

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



BAGI menghasilkan baja sendiri yang boleh digunakan untuk kebun di Sekolah Rendah Punggol, satu mesin penghadaman sisa makanan (food waste digester) telah dipasang dengan kerjasama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Menurut pengetua Encik Hanafi Asmore, 50 tahun, cara sebegini amat menarik kerana ia dapat menunjukkan kepada pelajar bahawa benda seperti sisa makanan juga boleh diubah menjadi sesuatu yang bermanfaat.



"Ini merupakan sesuatu yang penting lebih-lebih lagi lahan buangan di Singapura semakin kekurangan tempat," katanya.



Sekolah Rendah Punggol merupakan antara 10 sekolah yang mempunyai mesin tersebut sejak Mei tahun ini, sebagai meningkatkan kesedaran pelajar tentang isu pembuangan makanan.



Pada 2016, Singapura menghasilkan 791,000 tan makanan yang dibuang, sekitar 40 peratus lebih tinggi daripada 10 tahun lalu.



Jumlah ini dijangka meningkat lebih tinggi dengan jumlah penduduk dan kegiatan ekonomi seperti penghasilan, pengedaran dan pengambilan makanan yang semakin bertambah.



Sebuah sekolah yang mempunyai sekitar 1,300 pelajar dan guru menghasilkan sekitar 30 kilogram hingga 55 kilogram sisa makanan setiap hari.



Awal tahun ini semasa Hari Persekitaran bagi Belia (YEP), Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata amalan mudah seperti hanya memesan jumlah makanan yang secukupnya, menderma lebihan makanan atau menyertai usaha mengitar makanan yang dibuang boleh membuat perubahan yang besar.



Di samping itu, sekolah itu juga memanfaatkan satu sistem pengumpulan air hujan yang digunakan untuk menyiram tanam-tanaman di kebun sekolah tersebut.



Selain itu, panel solar turut dipasang di bumbung kawasan luar bilik darjah kerana ia dapat mengurangkan suhu panas pada ruang di bawahnya antara dua dengan tiga darjah Celsius.



"Tenaga mentari juga digunakan untuk menjana elektrik bagi kipas-kipas angin yang kami pasang di kawasan itu," kata Encik Hanafi lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >