RAMAI jiran mereka akan berpindah ke flat Bina Ikut Tempahan (BTO) masingmasing dalam beberapa tahun akan datang. Namun, Encik Iswadi Idris dan Cik Sarinah Rahim hanya dapat berkongsi kebahagiaan semata.
Pasangan suami isteri itu bukan tidak mahu berpindah ke rumah sendiri, tetapi keadaan kewangan mereka belum mantap untuk mereka mampu membeli flat BTO.