Pasar dan Pusat Makanan Pek Kio diarah tutup dek kes flu gastrik bertambah

PASAR dan Pusat Makanan Pek Kio diarah tutup oleh pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga dan akan dibersihkan hari ini dan esok di tengah-tengah siasatan peningkatan kes flu gastrik di kawasan Owen Road.

Lebih 180 kes gastroenteritis, yang dikenali sebagai flu perut, dilaporkan di kawasan Owen Road sehingga Isnin (23 Mei), kata Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), agensi air negara PUB dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) pada Selasa.

Kebanyakan pesakit pulih dalam masa beberapa hari. Tujuh pesakit diletak di bawah pemerhatian di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) tetapi sedang sembuh.

Siasatan bermula selepas seorang doktor di kawasan itu melaporkan kepada MOH Khamis lalu bahawa klinik beliau melihat peningkatan luar biasa kes flu gastrik sejak Mei 16.

Klinik lain di kawasan itu juga melaporkan peningkatan sama.

Sampel najis sampel yang diambil daripada pesakit disahkan positif virus yang dipanggil rotavirus, yang menyebabkan flu gastrik dan disebar melalui memakan makanan dan minuman tercemar, menyentuh permukaan tercemar, atau hubungan secara langsung dengan orang yang telah dijangkiti.

Pesakit mendapatkan rawatan bagi gejala seperti cirit-birit, muntah-muntah, demam dan sakit perut minggu lalu. Kebanyakan mereka tinggal dekat atau telah pergi ke kawasan Owen Road.

Ramai daripada mereka juga telah pergi ke Market dan Pusat Makanan Pek Kio, yang dikunjungi ramai bagi sarapan dan makan tengah hari.

Tiada gerai tertentu dikenal pasti sebagai sumber virus itu dan siasatan sedang dijalankan.

Semasa pusat itu ditutup, perkakas dapur, meja, kerusi dan permukaan penyediaan makanan akan dibersihkan dan dinyahjangkit.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.