Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Geylang Serai semakin meriah jelang Raya

Jun 22, 2017 | 05:30 AM



SUASANA meriah menjelang Aidilfitri telah mula dapat dirasakan di Pasar Geylang Serai yang sesak dengan orang ramai merebut peluang mendapatkan keperluan dapur mereka.



Ketika Berita Harian ke sana sekitar 9 pagi semalam, orang ramai dari serata Singapura membanjiri pasar itu. Antara lain mereka membeli daging lembu, ayam, sayur dan janur.



Pegerai sibuk menjual barangan di kedai mereka yang kebanyakannya mempunyai barisan panjang pelanggan.



Ramai pelanggan tidak kisah akan kesesakan tersebut kerana kekecohan itulah yang 'menghidupkan' suasana menjelang Aidilfitri.



Seorang pelanggan, Cik Badariah Hussein, suri rumah berusia 66 tahun dan menetap di Punggol, berkata beliau ke pasar tersebut setiap Ramadan.



"Walaupun ada pasar di kawasan rumah saya, saya akan tetap ke sini sebab di sini ada banyak pilihan.



"Misalnya, saya boleh beli ayam beku di sini tetapi ia tidak dijual di pasar rumah saya.



"Harga juga main peranan. Di sini, bagi satu kilogram daging, saya boleh dapatkannya pada harga $10.



"Kalau di pasar rumah saya, saya perlu bayar $12," katanya yang menaiki kenderaan Uber untuk ke pasar Geylang itu dan pulang ke rumah.



Seorang lagi pelanggan, Cik Siti Ratnah Junaidi, 42 tahun, berkata beliau ke sana bersama anak lelakinya, Putera Zulkarnain Zailani, 16 tahun.



Selain membeli barangan seperti daging dan ayam, Cik Ratnah, seorang pembantu jualan, membeli 40 ketupat yang telah dianyam.



"Saya suka ke sini setiap tahun kerana pegerainya sangat peramah. Kadangkala mereka beri lebih daripada yang saya minta, percuma, " katanya, yang mempunyai tiga lagi anak berusia 20 hingga 24 tahun.



Menurut beberapa pegerai di situ, jumlah pelanggan Ramadan kali ini turun berbanding Ramadan tahun lalu.



Antara mereka ialah penjual daging, Encik Zaid A. Bakar, 55 tahun, dan penjual ayam, Encik Hashim Abbas, 66 tahun.



Namun, Encik Hashim, yang sudah mengendalikan perniagaannya selama 46 tahun di pasar itu, bersyukur masyarakat Melayu/Islam masih memilih ke pasar Geylang bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri.



"Pelanggan datang dari pelbagai kawasan di Singapura dan mereka selesa dapatkan keperluan dapur mereka di sini.



"Walaupun ekonomi lembap secara keseluruhan, Pasar Geylang Serai tetap menjadi tumpuan ramai dan mereka masih ingin berbelanja di sini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >