Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar lambak Sungei Road ditutup selama-lamanya mulai 11 Julai

Feb 14, 2017 | 03:32 PM



SELEPAS sejarah selama 80 tahun, pasar lambak Sungei Road akan berakhir Julai ini (2017).



Dalam satu kenyataan pelbagai agensi pada Selasa (14 Feb), pemerintah berkata hari operasi terakhirnya ialah 10 Julai.



Ia akan memberi laluan kepada pembangunan kediaman masa depan di kawasan itu.



Difahamkan bahawa jalan raya di kawasan itu juga mungkin dijajarkan semula.



Kenyataan itu dikeluarkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tenaga Kerja Singapura, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Pasukan Polis Singapura.



Ia menyatakan 31 lelaki 'karung guni' dari tapak Sungei Road tidak dimasukkan dalam program pemerintah bagi penempatan semula penjaja jalanan ke pasar dan pusat penjaja yang dibina pada 1970-an dan 1980-an "kerana corak perniagan yang mereka pilih".



Mereka diberi permit dan dibenarkan terus menjaja di Sungei Road. Hanya 11 pemegang permit masih beroperasi di sana hari ini.



NEA akan menawarkan baki pemegang permit pilihan beroperasi di gerai di pusat penjaja terpilih pada kadar sewa subsidi menyusuli penutupan pasar lambak itu.



Sementara itu, penjual yang berdaftar dengan polis di bawah Akta Penjual Barang Terpakai perlu memberi alamat perniagaan baru jika mereka ingin terus menjual barang terpakai di tempat lain.



Pihak berkuasa berkata Pejabat Perkhidmatan Sosial akan memudahkan bantuan kewangan dan Workforce Singapore akan menyediakan perkhidmatan pekerjaan di bawah skim sedia ada kepada penjual layak yang mungkin memerlukan bantuan tersebut.



Mereka menambah walaupun tapak itu mempunyai sejarah panjang, dan meninggalkan kenangan istimewa bagi ramai rakyat Singapura, "dari masa ke masa, ciri tapak itu telah berubah, seperti yang digambarkan oleh kedua-duanya, profil penjual dan pembeli, dan jenis barang yang dijual".



Ia berkata NHB telah menjalankan usaha penyelidikan dan dokumentasi ke atas pasar lambak itu dan penjual di situ untuk mengekalkan kenangan tapak tersebut.



Pasar lambak itu bermula sebagai tempat perdagangan kecil yang tumbuh di sepanjang sungai pada pertengahan 1930-an.



Pada 2011, tapak Sungei Road dikurangkan kepada separuh saiznya untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT Road Sungei baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >