Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar raya Singapura periksa apakah syarikat kertas ada kaitan dengan kebakaran hutan

Oct 02, 2015 | 09:27 AM



Rangkaian pasar raya di Singapura yang menjual produk syarikat pulpa dan kertas terbesar Indonesia berkata mereka sedang memeriksa dengan pembekal apakah syarikat itu terlibat dalam kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Indonesia.


Ini selepas syarikat tersebut, Asia Pulp dan Paper (APP), dinamakan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) minggu lalu sebagai salah satu pihak yang mungkin penyebab kebakaran itu.


Produk APP yang dijual di kedai di Singapura termasuk tisu tandas, tisu muka, tisu dapur dan kain lap basah di bawah jenama Nice, Jolly, Paseo dan Livi. Produk alat tulisnya yang dijual di sini termasuk buku nota Inspira, kertas tulis Enlivo, kertas fotokopi Sinar Spectra dan buku resit Sinarline.


Sesetengah pengguna telah mengesa agar diboikot produk APP. Satu petisyen dalam talian yang menggesa syarikat menerima pakai amalan berdaya tahan telah mendapat lebih 7,000 tandatangan.


Menurut akhbar The Straits Times pada Jumaat, jurucakap FairPrice berkata: "Kami berkongsi kebimbangan pelanggan kami mengenai perkara ini dan sedang berhubungan dengan pembekal kami untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka di samping menunggu hasil siasatan daripada pihak berkuasa."


Rangkaian pasar raya Sheng Siong pula telah merancang satu pertemuan dengan pejabat APP di Singapura APP "bagi memahami lebih lanjut mengenai perkara ini".


Kedai runcit dalam talian Redmart pula berkata ia "sangat bimbang" mengenai keadaan di Indonesia.


Ia telah mewujudkan satu penapis di laman webnya yang membolehkan pelanggan mencari produk kertas dan tisu yang disahkan dihasilkan secara berdaya tahan oleh Lembaga Pengawasan Hutan, pertubuhan bukan pemerintah tidak mencari untung yang menggalak pengurusan hutan secara bertanggungjawab.


Minggu lalu, APP diarah NEA supaya memberi maklumat mengenai anak syarikatnya di Singapura dan Indonesia, serta langkah yang diambil oleh pembekalnya di Indonesia bagi memadamkan kebakaran di konsesi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >