Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran kerja bidang IT mencabar buat lulusan setempat

Feb 04, 2023 | 03:30 PM



Lulusan teknologi baru setempat berdepan masalah pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat ekoran pasaran semakin mengecil akibat beberapa siri pemberhentian oleh firma teknologi global yang berpejabat di Singapura, pada separuh kedua 2022.



Ini termasuk firma e-dagang Shopee, firma induk Facebook, Meta dan platform media sosial Twitter, lapor The Straits Times (ST). 



Ketika dihubungi oleh ST, Meta, TikTok, Shopee, Amazon dan Carousell enggan mengulas sama ada pemberhentian dan pembekuan pengambilan pekerja dalam industri teknologi telah menjejas program latihan siswazah dan pelajar mereka di Singapura.



Kelembapan dalam pasaran kerja teknologi telah mengejutkan lulusan teknologi maklumat dan digital, yang mempunyai kadar pekerjaan keseluruhan 97.8 peratus pada November 2021.



Menurut Tinjauan Pekerjaan Siswazah 2021, lulusan ini juga menerima gaji tertinggi dalam kalangan rakan sebaya mereka dalam kursus lain, dengan median bulanan kasar sebanyak $5,000.



Sepanjang dekad  lalu, prospek pekerjaan yang baik dan gaji permulaan yang agak tinggi dalam industri menyaksikan pelajar mengikuti kursus berkaitan komputer.



Di Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS), pendaftaran pelajar sarjana muda hampir tiga kali ganda daripada 1,493 pada tahun akademik 2011/2012 kepada 4,126 pada 2021/2022.



Universiti tempatan juga menyaksikan pendaftaran bagi kursus berkaitan komputer melonjak sebanyak 20 peratus dari 2016 hingga 2018, kata Menteri Pendidikan ketika itu, Ong Ye Kung.



Tetapi graduan kini sedang mencari ‘Pelan B’ atau rancangan alternatif, selepas pembekuan pengambilan pekerja teknologi yang tidak dijangka baru-baru ini.



Antara mereka adalah Encik James Looi, 26 tahun, yang lima bulan sebelum tamat pengajiannya pada Disember lalu, telah memohon 20 pekerjaan teknologi. Tetapi beliau hanya mendapat maklum balas daripada hanya penyedia perkhidmatan video,TikTok.



Namun, beliau tersingkir selepas tujuh pusingan temu duga yang berlangsung selama tiga bulan. Kini, Encik Looi telah memulakan perniagaan dalam talian bernama Yumimaru.sg menjual balang sashimi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >