Pasaran rumah S'pura kini lebih seimbang

PASARAN perumahan Singapura kini telah mencapai keseimbangan lebih baik antara pembeli dengan penjual, didorong oleh usaha untuk menggiatkan pembinaan rumah baru selama empat tahun lalu.

Menyatakan demikian dalam blog terbarunya semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, juga berkata bekalan rumah Singapura akan berkembang kepada sebanyak 1.43 juta unit rumah menjelang awal 2018, berbanding 1.28 juta unit sekarang, atau peningkatan sebanyak 11 peratus.

Dalam blognya, Encik Khaw berkata sedang bekalan dan permintaan perumahan diseimbangkan semula, harga hartanah juga menjalani penyesuaian.

"2014 adalah tahun pertama yang menyaksikan harga rumah merosot. Ini adalah sesuatu yang melegakan untuk para pembeli rumah.

"Sedang kadar penurunannya sederhana, ia turut melegakan para penjual rumah dan pemilik rumah.

"Keruntuhan pasaran perumahan tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun," tekan Encik Khaw.

Laporan lanjut di Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.