PASARAN Asia mencatat pemulihan kukuh pada Isnin (15 Feb) selepas prestasi hambar pada minggu lepas.
Tokyo pulih paling ketara, dengan Indeks 225 Nikkei melonjak 7.2 peratus selepas kejatuhan 11 peratus minggu lalu.
Singapura juga antara yang menunjukkan prestasi kukuh di rantau ini, mencatat keuntungan 2.68 peratus
Di tengah-tengah kegembiraan itu, pelabur mengetepikan data perdagangan yang lebih lemah daripada jangkaan dari China, yang menunjukkan import dan eksportnya jatuh bulan lalu, membuat ekonomi kedua terbesar di dunia itu mengalami jumlah rekod defisit perdagangan.
Shanghai, yang dibuka semula pada Isnin selepas cuti Tahun Baru Cina satu minggu, bermula dengan 2 peratus lebih rendah tetapi kembali pulih sepanjang hari dan tutup dengan kejatuhan hanya 0.6 peratus, dibantu oleh pengukuhan yuan.
Namun, penganalisis berkata besar kemungkinan ini tidak bermakna kegawatan pasaran yang menggegar pasaran Asia sejak tahun ini bermula telah berakhir, kerana kebimbangan mengenai pertumbuhan perlahan di China dan penurunan harga minyak berterusan.