Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasport Singapura semakin diterima, capai tangga ke-4 dalam indeks dunia

Mar 16, 2017 | 12:07 PM



PASPORT Singapura terus diterima secara meluas di seluruh dunia, mencapai kedudukan tertinggi di nombor keempat dalam Indeks Batasan Visa Henley & Partners tahun ini.



Ia dicapai ditengah-tengah trend kebebasan perjalanan semakin berkurangan secara global.



Bilangan negara dan wilayah yang pemegang pasport Singapura nikmati akses visa percuma kekal tidak berubah daripada tahun lalu sebanyak 173, meletak tahap Republik ini sama dengan tujuh negara lain, termasuk United Kingdom dan Perancis.



Sekarang Singapura negara Asia paling tinggi kedudukannya dalam indeks itu, setelah Jepun jatuh daripada tempat sama dan kini di tempat kelima (172 negara/wilayah) dek kehilangan akses visa percuma ke sebuah negara.



Jerman (176) dan Sweden (175) mengekalkan kedudukan pertama dan kedua masing-masing, walaupun kedua-duanya juga kehilangan akses visa percuma ke sebuah negara.



Singapura menaiki ke tempat lebih tinggi indeks itu sedang majoriti negara dalam tempat lima teratas kehilangan akses visa percuma ke satu atau dua negara.



Tiga tempat paling bawah tidak berubah, iaitu Pakistan (28), Iraq (27) dan Afghanistan (24), tetapi ketiga-tiga negara menyaksikan bilangan negara bebas visa mereka berkurangan tahun lalu.



Indeks itu, yang dihasilkan bersama Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, menimbangkan 219 negara dan wilayah.



Satu lagi indeks pasport global meletak Singapura di tempat kedua pada Januari, dengan Jerman sekali lagi berada di tangga paling atas.



Indeks Passport Arton Capital itu meninjau 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan enam wilayah.



Markah dikira secara berbeza daripada Indeks Batasan Visa, dengan Indeks Passport menimbangkan juga negara di mana pemegang pasport boleh mendapatkan visa semasa ketibaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >