SEKITAR 40 pasukan angkatan tentera khas dari 18 negara telah mengambil bahagian dalam satu latihan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus terbesar yang pernah diadakan semalam.
Ia merupakan sebahagian daripada Latihan Keselamatan Kelautan dan Pencegahan Keganasan ADMM-Plus, bertujuan mengukuhkan keupayaan tentera yang mengambil bahagian dalam menangani pengganasan dan ancaman maritim.