Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan PAP bantu RP daripada dibatalkan bertanding di West Coast

Sep 01, 2015 | 04:37 PM



TINDAKAN pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) membantu Parti Pembaharuan (RP) daripada dibatalkan bertanding dan memberi kemenangan percuma kepada PAP di GRC West Coast.


Pasukan PAP mendapati ada kesilapan dalam borang pencalonan pasukan RP di pusat penamaan calon di Sekolah Rendah Keming di Bukit Batok yang boleh membuat parti pembangkang itu dibatalkan.


Menurut seorang calon PAP, Encik S. Iswaran, calon RP tidak menyatakan sama ada mereka bertanding sebagai satu kumpulan atau calon bebas pada borang tersebut, yang telah ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.


Pasukan PAP tidak membiarkan sahaja kesilapan itu, sebalik Encik Iswaran, memberitahu ketua RP, Encik Kenneth Jeyaretnam, mengenainya.


Calon RP dapat membaiki kesilapan itu sebelum pencalonan ditutup.


Encik Iswaran berkata pasukannya memberitahu penentang mereka mengenai kesilapan itu kerana "kami mahu pertandingan adil".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >