Pasukan PAP Marine Parade diumumkan

PARTI Tindakan Rakyat pagi tadi mengumumkan calon bagi GRC Marine Parade, yang kini meliputi kawasan undi Joo Chiat.

Pasukan lima calon itu dianggotai Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang telah menjadi AP Marine Parade sejak 1976, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin; AP penggal pertama, Encik Edwin Tong dan dua AP veteran - Profesor Madya Fatimah Lateef dan Encik Seah Kian Peng.

Sidang bagi mengumumkan pasukan Marine Parade itu diadakan di cawangan PAP Kembangan-Chai Chee.

Dalam sidang itu, Encik Tan, yang menerajui GRC tersebut, menekankan pilihan raya 11 September nanti bukan hanya untuk memilih AP, tetapi pemimpin untuk membawa Singapura ke fasa pembangunan seterusnya. Beliau turut berucap dalam bahasa Melayu.

 

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.