Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

 ANUGERAH KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI 

Pasukan reka peta digital kawal sesak di Marina Bay antara 123 penerima Anugerah MHA

Nov 07, 2023 | 03:09 PM



Semasa menjangkakan kesesakan pengunjung bagi acara Perbarisan Hari Kebangsaan setelah Covid-19 kian reda pada Ogos 2022, sepasukan pegawai polis beralih menggunakan teknologi dalam usaha mengawal pergerakan orang ramai – dan mencegah rempuhan.

Pasukan itu membangunkan peta dalam talian ‘Crowd@MarinaBay’ yang mengeluarkan maklumat pada masa nyata mengenai keadaan kesesakan dan kawasan yang ditutup.

Dengan peta itu, orang ramai yang bercadang ke Marina Bay untuk melihat bunga api dan sebagainya boleh mendapatkan maklumat terkini kawasan yang harus dielak, sementara pihak polis pula dapat mengawal kesesakan dengan lebih baik.

Peta yang dihasilkan oleh Timbalan Superintenden Polis, Mohamad Faizal Nazeer Mudin dan pasukannya dari Divisyen Tengah Pasukan Polis Singapura (SPF), dilancarkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 2022.

Atas usaha dan kejayaan pasukan Divisyen Tengah SPF itu, mereka menerima Anugerah Inovasi Home Team (Innova) semasa Majlis Penyampaian Anugerah Menteri Kementerian Ehwal dalam Negeri pada Jumaat.

Majlis itu dihadiri Menteri Undang-undang merangkap Ehwal dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Encik Shanmugam turut mengumumkan pelancaran acara tahunan ‘Hari Home Team’ yang akan diadakan julung-julung kali pada 24 Februari 2024.

Ia bertujuan “mengiktiraf sumbangan pegawai dan mengukuhkan komitmen kepada konsep dan misi Home Team”.

Sementara itu, sejumlah 123 anugerah disampaikan dalam majlis bagi mengiktiraf pegawai, pasukan dan agensi cemerlang yang telah menunjukkan kecekapan dalam operasi, kes dan projek.

Terdapat tiga lagi kategori anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Pencapaian Home Team MHA (HTAA), Anugerah Kecemerlangan Operasi (OE) MHA dan Anugerah Perkhidmatan Bintang (SSA).

Ditanya cabaran yang dihadapi dalam membangunkan peta dalam talian itu, Encik Faizal, 36 tahun, berkata:

“Ia agak mencabar pada mulanya kerana pasukan saya terdiri daripada lima pegawai polis dan kami sebenarnya kurang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam proses reka bentuk dan pembangunan alat digital.

“Langkah pertama kami ialah menjalankan analisis menyeluruh untuk mengenal pasti keperluan dalam peta. Bagi mengatasi kekurangan kepakaran kami dalam bidang ini, kami juga menjalin kerjasama dengan pakar industri yang boleh membantu mewujudkan visi kami.”

Beliau, yang merupakan ketua pasukan projek itu, menambah bahawa apabila pasukannya pertama kali melancarkan peta semasa peringkat percubaan sebelum NDP, ramai individu dalam masyarakat tidak tahu tentang peta itu.

Mereka segera berusaha meningkatkan kesedaran lebih meluas, termasuk menjalin kerjasama dengan media.

Usaha mereka berhasil apabila melihat pencapaian luar biasa hasil pelancaran ‘Crowd@MarinaBay’ untuk NDP 2022, dengan lebih 36,000 log masuk ke laman web peta oleh orang awam.

“Melihat bagaimana peta ini semakin digunakan dalam acara besar-besaran seperti Malam Krismas 2022 dan ‘Marina Bay Singapore Countdown’ 2023, kami berbesar hati ia telah berjaya menghasilkan penyelesaian yang berkesan.

“Menerima anugerah Innova merupakan satu ganjaran yang tidak dijangka dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya dan rakan kongsi yang bekerja dengan kami,” kata Encik Faizal, bapa dua anak.

Encik Shanmugam turut memuji usaha Home Team yang berjaya, kerana kerjasama erat antara agensi, kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat, komitmen berterusan dalam menggunakan teknologi, fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keperluan dan cabaran yang berubah, serta menonjolkan profesionalisme dan empati yang tinggi.

“Singapura terus mempertahankan kedudukan sebagai tempat di mana orang awam berasa selamat. Wanita dan kanak-kanak dapat berjalan-jalan bebas dengan selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana, dan terdapat hubungan kukuh serta kepercayaan tinggi di antara penduduk dengan pihak berkuasa undang-undang,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >