Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan SAF-SCDF bantu padam api di Sumatera dalam 'keadaan mencabar'

Oct 15, 2015 | 02:01 PM



PASUKAN 40 orang dari Singapura yang membantu Indonesia melawan kebakaran hutan telah mencapai kejayaan dalam mengurangkan titik panas.


Ini walaupun terpaksa beroperasi dalam keadaan mencabar di Sumatera Selatan, kata Leftenan Kolonel Vincent Tan, komander misi pasukan bantuan memadam kebakaran gabungan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).


"Cabaran sangat jelas ialah jerebu itu sendiri," kata beliau, 45 tahun, kepada Cyberpioneer dalam satu laporan yang disiarkan pada Rabu (14 Okt).


"Ada dua aspek dalam perkara ini: Satu ialah penglihatan, yang sebahagian besarnya menjejas orang yang sedang terbang dalam operasi pengeboman air. Aspek kedua ialah bahan pencemar di udara, yang mempunyai kesan buruk ke atas orang kita - bukan yang sedang terbang sahaja, bahkan yang di darat."


Tiga pesawat dan 34 anggota SAF dikerah ke Sumatera Selatan - antara kawasan paling teruk terjejas oleh jerebu yang sedang melanda - pada 10 Oktober.


Mereka diiringi Pasukan Bantuan dan Penyelamat seramai enam orang daripada SCDF .


Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) di Palembang, ibu kota Sumatera Selatan, memuncak pada paras 530, dalam zon berbahaya, pada 7 pagi Khamis.


Bagaimanapun, ada kalanya pasukan dari Singapura itu beroperasi ketika PSI melonjak hampir dua kali ganda paras tersebut.


Usaha mereka, bagaimanapun, menunjukkan beberapa hasil, dengan bilangan titik panas di Sumatera berkurangan awal minggu ini. Satelit mengesan hanya 156 kebakaran pada Isnin dan Selasa lalu, berkurangan daripada lebih 725 baru-baru ini.


Itu hasil gabungan hujan di rantau tersebut dan operasi memadam kebakaran pelbagai negara di Sumatera Selatan, yang diketuai Indonesia dan turut melibatkan pasukan dari Malaysia.


Pasukan Singapura turut dikunjungi Gabenor Sumatera Selatan, Encik Alex Noerdin, yang mengucapkan terima kasih kepada mereka.


Operasi pengeboman air diteruskan minggu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >