PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam menang besar di GRC Jurong, menewaskan Parti Warga Diutamakan (SingFirst).
Mereka mendapat 79.3 peratus undi, berbanding 20.7 yang diraih SingFirst.
Selain Encik Tharman, pasukan PAP diwakili Encik Desmond Lee, Encik Ang Wei Neng serta dua muka baru, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Tan Wu Meng.