Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Patung lilin Fandi dipamerkan di Madame Tussauds Sentosa

Oct 08, 2014 | 12:00 PM



LEGENDA bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, telah diabadikan dalam muzium lilin terkenal dunia, Madame Tussauds, di Sentosa.


Patung lilin yang menyerupai bekas kapten Singapura itu telah didedahkan kepada umum dalam satu acara di ITE College Central pagi tadi.


Ia merupakan sebahagian daripada pameran muzium itu yang memaparkan pasukan Singapura memenangi Piala Malaysia dan Liga Malaysia pada 1994.


"Melihat patung lilin saya amat menggembirakan bagi saya kerana ia mengembalikan detik-detik yang tidak dilupakan dalam kerjaya saya," kata Fandi.


Terletak di Imbiah Outlook di Sentosa, muzium tersebut - yang merupakan Muzium Madam Tussauds ke-18 di dunia - dijadualkan dibuka pada 25 Oktober ini.


Selain Fandi, ia juga memaparkan legenda-legenda sukan lain seperti bekas kapten bola sepak England, David Beckhan, bintang bola keranjang China Yao Ming, pemain golf Amerika Tiger Woods dan pemandu Formula One (F1), Sebastian Vettel (Jerman) dan Lewis Hamilton (England).


"Fandi Ahmad merupakan antara yang kami paparkan kerana beliau seorang legenda nasional dan ikon bagi sejarah bola sepak Singapura," kata pengurus besar Madam Tussauds Singapore, Cik Lily Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >