SEORANG lelaki warga Singapura yang menyamar sebagai pegawai polis untuk memecah masuk rumah seorang tukang urut bagi tujuan mencuri dijatuhi hukuman penjara 14 bulan semalam.
Hideyoshi Tanaka, 28 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan memecah masuk rumah dengan tujuan mencuri dan tuduhan mencuri.