Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAUH DI MATA, SINGAPURA TETAP DEKAT DI HATI

Pegang semangat S'pura walau di negara orang

Zack Zainal dan isteri kongsi cabaran besarkan anak di perantauan
Aug 09, 2022 | 01:51 PM



PENGHIJRAHAN yang disangkakan hanya buat sementara rupanya dengan sekelip mata menghampiri dua dekad. Encik Zack Zainal, yang kini sudah bergelar 'Dato'', dan isterinya Cik Alifah Bidin, keduanya 56 tahun, berpindah ke Dubai dengan empat anak kecil di bawah usia 10 tahun dan kini semuanya sudah tamat pengajian dan sedang melakar kehidupan mereka sendiri.



Membesarkan anak di perantauan bukanlah perkara yang mudah. Sewaktu berpindah ke Dubai, anak keempat mereka, Muhammad Zahier Zakwan, baru berumur 18 bulan ketika itu.



"Saya tidak tahu apa yang ada di Dubai pada ketika itu. Saya tak tahu apa nasib kami anak-beranak nanti, tapi saya harus sokong suami yang ketika itu ingin mencuba kerjaya baru," kata Cik Alifah mengimbau kembali saat-saat mereka baru berpindah ke Dubai pada tahun 2003.



"Kami ingin memastikan anak-anak mengetahui dari mana asal usul mereka. Membuat mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar negara juga cukup mencabar.



"Ditambah pula, tanggungjawab ini diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa - tetapi mujur pihak pemerintah sedar hal ini dan rancangan untuk mendekatkan anak-anak kita kepada negara sendiri sedang diusahakan," kata Encik Zack tentang cabaran membesarkan anak-anak kelahiran Singapura di luar negara.



Antara langkah yang diambil oleh pasangan suami isteri itu bagi menyenangkan anak-anak kecil mereka sewaktu itu ialah untuk meletakkan mereka di sekolah yang berhampiran dengan rumah.



Dengan empat anak yang mempunyai aktiviti dan komitmen yang berbeza di sekolah, langkah ini memudahkan masalah pengangkutan untuk mereka.



Encik Zack mengaku sokongan isterinya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa amat berharga, terutama dalam mendidik anak-anak dan menjaga hal ehwal persekolahan mereka.



Selain itu, komuniti ekspatriat yang saling tolong menolong juga dapat mengukuhkan perhubungan antara famili dia luar negara.



"Komuniti Singapura banyak membantu. Untuk kami di Dubai, kami sangat bernasib baik. Daripada penglibatan Unit Warga Singapura di Luar Negara (OSU) dan Konsulat Jeneral Singapura yang sangat aktif, inisiatif dari komuniti sendiri membentuk Kumpulan Muslim-Melayu Singapura (SMG), Kumpulan Wanita Singapura (SWG) dan Majlis Perniagaan Singapura (SBC).



"Pertubuhan-pertubuhan ini bersedia untuk menganjurkan acara yang membantu menyatukan rakyat Singapura dan dengan itu mengurangkan rasa rindu pada tanah air," tambahnya.



Kini, anak-anak Encik Zack and Cik Alifah semuanya sudah tamat pengajian dan telah memilih jalan hala mereka sendiri.



Dua daripadanya telah pun mendirikan rumahtangga dengan orang Singapura dan masing-masing mempunyai dua anak.



Satu-satunya anak perempuan mereka, yang juga telah berumahtangga, Cik Nur Afiqah Farhana, 28 tahun, kini menetap di Singapura dan bekerja sebagai Pendidik Berkeperluan Khas sambil menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana dalam jurusan Pendidikan Khas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Anak sulung mereka, Muhammad Danial Danish, 29 tahun, kini bekerja sebagai juruterbang bersama Air Arabia, dan anak ketiga, Muhammad Benjamin Yusoff, 26 tahun, bekerja sebagai Pengurus Media, manakala yang keempat, Muhammad Zahier Bakwan, 21 tahun, sedang menjalani perkhidmatan negara di Singapura.



Pada Encik Zack, walaupun di mana mereka berada, yang lebih penting ialah mereka adalah warga Singapura dari segi psikologi, minda dan hati mereka.



"Tidak kira di mana pun, mereka akan memegang nilai, semangat dan akan sentiasa menjadi duta Singapura dan akan mengibarkan bendera negara dengan bangga," ujarnya.




"Kami ingin memastikan anak-anak mengetahui dari mana asal usul mereka. Membuat mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar negara juga cukup mencabar.
Ditambah pula, tanggungjawab ini diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa - tetapi mujur pihak pemerintah sedar hal ini dan rancangan untuk mendekatkan anak-anak kita kepada negara sendiri sedang diusahakan.
Tidak kira di manapun, mereka akan memegang nilai, semangat dan akan sentiasa menjadi duta Singapura dan akan mengibarkan bendera negara dengan bangga."
- Encik Zack Zainal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >