Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Cisco dituduh lepaskan tembakan dalam permainan di Tuas

Jun 01, 2016 | 07:56 AM



SEORANG pegawai polis Cisco berusia 22 tahun didakwa menembak pistolnya semasa bermain satu permainan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 13 Ogos tahun lalu.



Gregory Lai Kar Jun, seorang warga Singapura, dikatakan kemudian melakar satu helah untuk menutup perbuatannya.



Lai mengambil peluru yang telah digunakan itu dan menyembunyikannya di dalam sebatang tongkat trafik, dan kemudian membuang sebutir peluru lain ke dalam tandas.



Esoknya, bagi mengelak tangkapan, Lar dikatakan memberitahu polis dua butir pelurunya terjatuh ke dalam tandas.



Pada Selasa (31 Mei), Lai didakwa melakukan perbuatan gopoh untuk membahayakan nyawa manusia, sengaja menghalang proses keadilan dan memberi maklumat palsu kepada penjawat awam.



Lai memberitahu mahkamah dia berhasrat mengaku bersalah dan sebutan mahkamah ditetapkan pada 14 Jun.



Mengikut pertuduhan, Lai menekan pemicu pistolnya pada kira-kira 2 petang di Tempat Pemerhatian 6, di depan Encik Muhammad Dzul Adhar Azmi, "dalam permainan serupa rolet Russia".



Jika didapati bersalah melakukan perbuatan gopoh membahayakan nyawa manusia, Lai boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda $2,500.



Hukuman maksimum bagi kesalahan menghalang proses keadilan ialah penjara tujuh tahun dan denda, dan memberi maklumat palsu kepada kakitangan awam ialah penjara setahun dan denda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >