Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Gurkha beri keterangan kes tembakan Shangri-La

Jan 28, 2016 | 11:36 AM



SEORANG pegawai Gurkha yang menjaga pusat pemeriksaan keselamatan tinggi di luar Hotel Shangri-La Hotel baru sahaja memulakana syifnya pada awal pagi 31 Mei apabila beliau melihat sebuah kereta merempuh benteng keselamatan konkrit walaupun diperintahkan supaya berhenti.



Pegawai itu, salah seorang darippada dua anggota lelaki Pasukan Menentang Serangan Kenderaan di pusat pemeriksaan, segera bergerak ke arah kereta tersebut dan menyasarkan senjata api padanya.



Selepas pekikannya supaya berhenti tidak diendahkan, pegawai itu melepaskan tembakan dengan menyasarkan bayang pemandu kereta tersebut, Mohamad Taufik Zahar, 34 tahun, sebagaimana yang beliau dilatih melakukan.



Tembakan keempat dan terakhir terkena Taufik, dan kereta itu berhenti perlahan-lahan.



Pada Rabu (27 Jan), pegawai Gurkha itu memberi versi beliau mengenai kejadian tersebut pada hari kedua siasatan koroner berhubung kematian Taufik.



Memandangkan beliau tidak boleh dikenal pasti kerana sifat sensitif kerjanya, pegawai itu memberi keterangan melalui pautan video.



Beliau juga melakonkan semula tindakannya pada hari tersebut.



Hotel di Orange Grove Road itu dan kawasan sekitarnya diletak di bawah keselamatan ketat dari 28 hingga 31 Mei, kerana ia menjadi tuan rumah Dialog Shangri-La, sidang puncak keselamatan utama yang dihadiri menteri pertahanan dan ketua tentera dari 27 negara.



Kebimbangan utama polis ialah kenderaan membawa bahan letupan tergubah suai - senjata yang biasa digunakan dalam serangan pengganas.



Disoal oleh dan Kaunsel Negara yang juga Peguam Cara Negara Kedua, Encik Kwek Min Luck, dan peguam keluarga Taufik, Encik M. Mahendran, pegawai Gurkha itu mengulangi bahawa tugasnya ialah menghentikan sembarang kenderaan yang melanggar benteng, biar apa pun.



"Matlamat saya, tugas saya, ialah menghentikan kenderaan itu," kata penembak tepat yang telah berkhidmat bersama polis Singapura selama lapan tahun itu.



"Dalam latihan saya, jika kenderaan merempuh benteng, kami dilatih menembak pemandunya untuk memberhentikan kenderaan itu."



Beliau memberi beberapa amaran lisan agar pemandu itu menghentikan keretanya, dan terpaksa menembak pemandu tersebut untuk menghentikannya, selepas satu tembakan rakannya pada cermin depan tidak berhasil.



Darah Taufik didapati mengandungi jumlah rendah dadah terkawal Erimin-5 dan amphetamine, tetapi paras ubat perangsang methamphetamine di dalam darahnya kira-kira 30 kali melebihi had preskripsi.



Siasatan koroner itu akan disambung pada satu tarikh kelak.



 



Ralat: Laporan awal menyatakan nama pemandu kereta sebagai Mohamed Taufik Zahar. Ia telah diperbetulkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >