Pegawai ICA cabul rakan sekerja wanita

SEORANG pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mencabul rakan sekerja wanitanya ketika beliau mengendalikan kaunter di Pusat Pemeriksaan Woodlands semasa lalu lintas sibuk.

Sa'dollah Shukor menggunakan alasan membincangkan tentang barah buah dada untuk menyentuh buah dada mangsa tiga kali pada 7 Mac 2015.

Digantung tugas sejak Oktober 2015, dia didapati bersalah pada Oktober selepas perbicaraan empat hari dan dijatuhi hukuman penjara 14 bulan pada Selasa (29 Nov).

Sa'dollah, 59 tahun, merupakan seorang inspektor kanan pusat pemeriksaan dan dikerah sebagai pembantu pegawai bertugas apabila dia duduk di sebelah mangsa, 24 tahun, dan mula berbual mengenai barah buah dada.

Dia bertanya apakah mangsa telah menjalani pemeriksaan buah dada dan beliau menjawab ya, dengan harapan ia akan berakhir di situ kerana beliau tidak selesa bercakap kepadanya mengenai perkara itu.

Namun, Sa'dollah terus bercakap dan beliau menjawab dengan jawapan ringkas dan kasar.

Dia kemudian menyentuh dan mengangkat buah dada mangsa beberapa saat. Mangsa terkejut, takut dan tidak berdaya dan tidak berkata apa-apa.

Kira-kira dua minit kemudian, Sa'dollah menyentuh beliau lagi.

Mangsa memberi keterangan bahawa beliau berada marah dan hendak menumbuknya.

Sa'dollah melakukan perbuatan itu kali ketiga.

Mangsa menangis apabila memberitahu beberapa rakan wanitanya mengenai apa yang dilakukan Sa'dollah, dan dinasihatkan supaya memberitahu ketua pasukan beliau atau Penolong Pesuruhjaya Kanan.

Beliau juga memberitahu teman lelakinya, yang membawanya ke pusat polis kejiranan untuk membuat laporan pada hari yang sama.

Sa'dollah setakat menafikan tuduhan itu sebagai pembelaannya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730