PEGAWAI imigresen telah menemui 'penumpang' yang tidak disangka-sangka apabila memeriksa sebuah bas pelancongan berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands - 121 ekor burung hidup cuba diseludup secara haram.
Dalam insiden Isnin lalu, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga menemui 4,500 peket tembakau kunyah di ruang bagasi berasingan dalam bas yang dipandu lelaki berusia 30 tahun, kata penguasa itu dalam satu kenyataan semalam.