Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Indonesia: Kajian semula program kerjasama dengan Singapura siap minggu depan

May 25, 2016 | 11:12 AM



JAKARTA: Seorang pegawai sekitaran kanan Indonesia berkata pada Selasa (24 Mei) kajian semula program kerjasama antara Indonesia dan Singapura dijangka siap minggu depan.



Encik Bambang Hendroyono, Ketua Setiausaha Kementerian Sekitaran dan Perhutanan, tidak mengulas lanjut tetapi komen beliau datang selepas ketegangan antara dua negara itu meningkat sejak keputusan Singapura mengambil tindakan terhadap seorang pengarah sebuah syarikat Indonesia yang dikaitkan dengan jerebu tahun lalu.



Pada 14 Mei, Menteri Sekitaran dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, dilaporkan berkata kerjasama dua hala tertentu akan ditamatkan dan yang lain tertakluk pada "kajian semula besar".



Pemerintah Indonesia tidak menjelaskan mengenai program kerjasama itu.



Kenyataan Cik Siti dibuat selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura memperoleh waran mahkamah terhadap pengarah sebuah syarikat Indonesia selepas beliau gagal hadir bagi temuduga walaupun diberi notis undang-undang untuk berbuat demikian.



Pengarah itu, yang nama dan syarikatnya tidak didedahkan, seharusnya menjelaskan langkah-langkah syarikatnya bagi menangani kebakaran di tanahnya.



NEA berkata tindakannya selaras dengan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014, yang membenarkan pendakwaan ke atas syarikat yang menyebabkan jerebu. Tetapi sesetengah pengkritik berkata langkah NEA itu adalah serangan ke atas kedaulatan Indonesia.



Encik Bambang memberitahu pemberita Indonesia telah "berjuang keras" bukan sahaja untuk mencegah berulangnya jerebu tahun lalu dan akan mengambil tindakan ke atas syarikat bertanggungjawab ke atas kebakaran hutan.



"Kami berharap daripada pemerintah kepada pemerintah, kita boleh menghormati satu sama lain... kita telah melakukan banyak perkara dengan niat yang sama, tiada jerebu lagi, tiada kebakaran hutan lagi," katanya kepada pemberita di luar sebuah mesyuarat mengenai pengurusan kebakaran hutan dan jerebu antara kementerian, agensi dan syarikat di Jakarta.



Tanpa mengkhususkan Singapura, beliau berkata negara-negara "tidak boleh lihat pada satu perspektif sahaja".



Komen pengarah kawalan kebakaran hutan kementerian itu, Encik Raffles Panjaitan, lebih tegas.



Beliau berkata kepada pemberita: "Jangan biarkan orang lain mengganggu kita dan memusnahkan syarikat kita. Mereka rakyat kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >