Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai ISD, mentor RRG dianggap ‘ayah’, bantu buang ideologi radikal

Apr 30, 2023 | 09:25 PM



Tahunnya adalah sekitar 2015 apabila berita mengenai kumpulan pengganas di Timur Tengah yang dikenali sebagai ISIS semakin gempar.

Bagi Hamzah (bukan nama sebenar), remaja berusia 18 tahun ketika itu, niatnya hanya untuk mengetahui lebih mendalam tentang kumpulan tersebut. Namun, ternyata beliau kemudian terpesong jauh sehingga merancang berjihad di Syria dek terdedah pada propaganda dan ideologi sesat.

Sebagai persiapan, beliau antara lain membiasakan diri menonton video orang dipancung dan dibakar hidup-hidup berulang kali dan menubuhkan persatuan penyokong ISIS dalam satu permainan video hingga menarik ribuan pengikut.

Namun, rancangan itu tidak berhasil dan Hamzah ditahan pada 2015.

Hamzah, kini 20-an tahun, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 2015 dengan 2017.

Beliau sudah bebas daripada Arahan Sekatan (RO) sejak 2021.

Hamzah, anak sulung dalam keluarga tiga beradik tinggal bersama ibunya, di rumah mak ciknya. 

Perjalanannya ke arah radikalisasi bermula pada 2011.

Ketika diwawancara, Hamzah yang kini bertugas sebagai eksekutif pemasaran, menganggap dirinya bukan alim tetapi “cinta pada agama”. 

Namun, beliau mula silap langkah kerana menonton ceramah pendakwah ekstrem seperti Zakir Naik dari India dan Anwar Al-Awlaki dari Amerika Syarikat.

“Saya tertarik sebab karisma mereka dan sokongan mereka terhadap ideologi jihad,” kata Hamzah.

Hamzah semakin tenggelam apabila “algoritma YouTube asyik beri saranan kandungan ekstrem lain”.

“Selepas saya lihat dokumentari ISIS di YouTube dan dapat tahu mereka mahu bangunkan pemerintahan khalifah dan menegakkan undang-undang syariah, saya mula minat dengan mereka,” katanya lagi.     

Beliau sering membahas dengan teman sekolah dan ahli keluarga lain untuk mempertahankan perbuatan ISIS adalah sah dan selaras ajaran Al-Quran dan sunah. 

Beliau juga kemaruk bermain permainan video yang membolehkan pengguna membina watak sendiri dengan matlamat melakukan jenayah dengan bebas di bandar maya serta menubuhkan sebuah persatuan atau ‘clan’ untuk mempengaruh teman dan pengguna lain menyokong ISIS. 

Ibu Hamzah yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Aishah, 50-an tahun, tidak sedar anaknya sudah menjadi radikal sehingga Hamzah memberitahunya beliau ingin pergi ke Syria.

“Saya terkejut dan tidak sangka dia boleh jadi macam ini,” katanya sambil menyifatkan Hamzah sebagai periang dan sering menyokong adik-adik perempuannya.

“Saya cuba memujuknya agar fokus pada pelajaran dan pekerjaan demi menyokong keluarga.”

Hamzah membuat kajian menerusi forum untuk pergi ke Syria menerusi Turkey dan mengguna peta Google untuk mengenal pasti perkhemahan tentera bagi menyertai ISIS di Syria. Beliau merancang menggunakan wang dermasiswa untuk membeli tiket penerbangan dan jika tidak cukup beliau akan bekerja sambilan.

“Apabila saya ditahan, saya rasa terkejut. Saya fikir saya hanya akan disoal dan dilepaskan... Kemudian saya mula sedar diri bahawa saya sudah mencapai tahap radikal agak mendalam,” katanya.

Hamzah sangka akan diseksa semasa ditahan, namun proses pemulihannya dilakukan dengan profesional.

Antara lain, tanggapannya terhadap jihad diperbetul dan dididik melihat ajaran agama dalam konteks tertentu dengan sokongan seorang mentor, Encik Salim Mohamed Nasir, Sekretariat Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Beliau juga mengambil Peperiksaan Sijil Am (GCE) ‘O’ semasa ditahan hingga membolehkannya melanjutkan pelajarannya ke politeknik sesudah dibebaskan di bawah RO pada 2017.

“Mereka (pegawai ISD dan mentor RRG) umpama ayah bagi saya. Mereka lihat saya macam anak mereka sendiri dan terus menyokong saya untuk balik ke pangkal jalan,” tambah beliau.

ISD menjelaskan Hamzah hanya menunjukkan tanda pulih selepas sekitar dua tahun kerana beliau masih melihat ISIS sebagai contoh positif.

Semasa ditahan, keluarganya menjenguk Hamzah setiap minggu.

Ibunya Cik Aishah berkata pihak ISD membantu keluarganya mendapatkan bantuan kewangan menerusi Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan sering dijenguk pegawai kes agar kebajikan keluarganya dijaga.

Hamzah dibebaskan pada 2017 di bawah Arahan Sekatan (RO) di mana beliau perlu memakai ‘tagging’, wajib pulang ke rumah pada waktu tertentu dan tidak dibenarkan menggunakan media sosial, antara lain.

Namun bantuan diterimanya dari ISD tidak terputus. Selain memastikan beliau tidak menjadi radikal lagi, pihak AGC juga menyokong pendidikannya dengan menawarkan komputer riba dan bantuan kewangan dari Yayasan Mendaki dan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA).

Pernah Hamzah hampir disingkirkan dari sekolah ekoran tekanan dihadapinya, namun pihak ISD dan RRG campur tangan agar Hamzah teruskan pelajarannya.

Perintah RO-nya dibenarkan tamat pada 2021 selepas beliau menunjukkan tanda pemulihan baik.

Ditanya apa yang akan dapat menyekatnya daripada menjadi radikal dahulu, Hamzah berkata: 

“Tiada jawapan mudah bagi soalan ini sebab… saya rasa saya masih muda, tidak berfikir secara rasional dan mudah terpengaruh. Juga terdapat Internet yang menawarkan maklumat tanpa sebarang kawalan.

“Tetapi jika saya dapat bercakap dengan diri saya yang muda pada ketika itu dan kepada belia di luar sana, saya harap mereka dapatkan bantuan dengan serta-merta dari orang di keliling mereka jika mereka hadapi isu i




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >