Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai kanan penjara dijel kerana tipu AGO

Aug 18, 2016 | 07:34 AM



SEORANG pegawai penjara kanan dipenjara 10 bulan lerana bersubahat dengan 10 orang lain untuk menipu agensi pemerintah yang membantu memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.



Chew Tee Seng, seorang timbalan superintenden penjara, terlibat dalam mengemukakan 126 dokumen palsu kepada Pejabat Juruaudit Negara (AGO) semasa audit Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) bagi tahun kewangan 2010.



Tujuannya ialah menutup dokumen palsu lalu.



Tidak jelas berapa dana awam hilang. Bagaimanapun, jumlah dalam 126 dokumen palsu itu ialah $2.8 juta, oleh itu jenayah Chew melibatkan satu jumlah wang yang besar, kata pihak pendakwaan.



Chew mengaku bersalah pada perbicaraan sebelum ini terhadap 20 daripada 126 tuduhan menggunakan dokumen palsu. Dia dijatuhi hukuman pada Selasa (16 Ogos) dan dibebaskan dengan ikat jamin $50,000 sementara menunggu rayuan.



Dia pengurus Cawangan Pembangunan Prasarana penjara ketika itu.



Seramai 11 tertuduh, daripada empat pertubuhan, termasuk SPS, menyerahkan dokumen palsu untuk menutup kegagalan perkhidmatan penjara dan Thong Huat Brothers mematuhi prosedur perolehan pemerintah.



Thong Huat antara kontraktor kejuruteraan awam dan bangunan tertua di Singapura.



Audit AGO berlangsung dari Julai 2011 hingga Mac 2012. Pertubuhan lain yang terlibat ialah Boon Yong Electrical dan CPG Facilities Management.



Pada Julai 2011, AGO meminta SPS menyerahkan dokumen bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh Thong Huat di bawah kontrak tiga tahun Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Semua kerja yang diberi di bawah kontrak itu diurus oleh CPG bagi pihak penjara, sebagai sebahagian daripada kontrak CPG dengan MHA.



Thong Huat diperlukan meminta sebut harga daripada kontraktor kecil bagi perolehan pelbagai barang dan perkhidmatan. Tetapi dokumen seperti sebut harga kontraktor kecil hilang kerana kelemahan penyeliaan oleh CPG dan SPS.



Seorang pengurus projek kanan Thong Huat kemudian mencadangkan sebut harga yang tarikhnya dikebelakangkan dikeluarkan atas nama syarikatnya untuk menutup pemalsuan terdahulu dan bayaran berlebihan yang dikenakan syarikat itu, mahkamah diberitahu.



Selain menyatakan Thong Huat pembida paling rendah, beberapa sebut harga palsu dikeluarkan atas nama kontraktor kecil.



Mereka berpakat untuk menunjukkan harga tawaran dalam dokumen palsu sama seperti jumlah yang Thong Huat akan tuntut daripada penjara.



Chew orang pertama terlibat dalam skim itu yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Yang lain akan ditanggani kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >