Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai kuat kuasa dirakam bertekak dengan pemandu: LTA minta maaf

LTA
Jul 04, 2016 | 11:48 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan menyiasat pertengkaran antara seorang pegawai penguatkuasanya dan seorang pemandu di sebuah perhentian teksi berhampiran stesen MRT Kang Yio Chu pada 23 Jun.



Dalam video yang disiarkan di media sosial, pegawai lelaki itu dilihat bertengkar dengan pemandu kereta tersebut sebelum beliau menarik buka pintu kereta itu.



Seorang wanita yang merakam pergaduhan tersebut kemudian campur tangan untuk mengingatkan pegawai berkenaan bahawa beliau "bekerja untuk pemerintah" dan tidak harus berkelakuan begitu.



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook pada Ahad (3 Julai), LTA memohon maaf atas kejadian itu dan berkata ia "tidak membiarkan tingkah laku tidak profesional seperti itu oleh pegawai penguatkuasa kami".



"Kami juga telah mengingatkan para pegawai penguatkuasa dan warden trafik mereka perlu melaksana kewajipan mereka dengan cermat dan berprofesionalisme," kata kenyataan itu.



Kenyataan LTA itu datang selepas video tersebut disiarkan di Facebook Sabtu lalu (2 Julai) oleh pengguna Tong Bock Toh. Klip pendek video itu telah ditonton kira-kira 21,000 kali, meraih hampir 500 perkongsian.



Ia menunjukkan pegawai berkenaan dan pemandu kereta itu bertegang urat dalam dialek Cina sebelum wanita tersebut campur tangan untuk meredakan keadaan.



Pegawai berkenaan boleh didengar memberitahu wanita itu dalam bahasa Inggeris: "Dia mahu pukul saya, suruh dia keluar."



November lalu, seorang pegawai penguatkuasaan LTA, Encik Tan Hock Guan, dirakam berkelahi dengan seorang pemandu Uber di perhentian teksi Bugis Junction selepas satu pertengkaran.



Tan, 51 tahun, kemudian dipenjara sehari dan didenda $2,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >