Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai LTA, pemandu Uber dituduh bergaduh

LTA
Apr 15, 2016 | 11:52 AM



SEORANG pegawai penguatkuasa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan seorang pemandu Uber didakwa di mahkamah pada Jumaat (15 April) kerana bergaduh dan satu lagi pertuduhan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha).



Pegawai LTA itu, Tan Hock Guan, 51 tahun, menunjukkan dia ingin mengaku bersalah, manakala pemandu Goh Kok Ling, 60 tahun, berkata dia akan mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dan menuntut dibicara bagi pertuduhan di bawah Poha.



Tan dituduh bergaduh dengan Goh di perhentian teksi Bugis Junction pada kira-kira 7.15 petang pada 27 Nov tahun lalu.



Dia juga dikatakan menganiayai Goh dalam bahasa Hokkien dengan niat menyebabkan kesusahan kepada Goh.



Goh didakwa bergaduh dengan Tan serta menganiayainya dengan kekasaran bahasa Hokkien yang sama.



Kes Tan ditetapkan untuk sebutan pada 29 April bagi dia mengaku bersalah.



Goh berkata dia bercadang mendapatkan khidmat peguam percuma, atau pro bono. Kesnya dijadualkan bagi sidang praperbicaraan pada 9 Mei.



Ikat jamin $5,000 setiap seorang telah diberi.



Sebuah video yang menunjukkan mereka bergaduh disiarkan dalam talian dan menjadi viral dalam masa beberapa jam.



Hukuman maksimum bagi bergaduh ialah penjara setahun dan denda $5,000.



Jika disabitkan dengan pertuduhan kedua, mereka boleh dikenakan denda hingga $5,000 dan penjara hingga 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >