Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai MHA positif Covid-19 kakitangan ISD

May 19, 2021 | 10:42 PM



JABATAN Keselamatan Dalam Negari (ISD) mengesahkan bahawa pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei adalah kakitangannya.



Dalam satu e-mel sebagai respons kepada pertanyaan media, jurucakap ISD berkata kes yang disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai Kes 63379 itu merupakan pegawainya yang berada dalam syif pecahan dan kali terakhir melaporkan untuk tugasnya pada 14 Mei.



Menurutnya lagi, wanita itu rasa tidak sihat badan dan bertemu doktor pada 16 Mei. Beliau telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama pada 8 Mei.



"ISD kini sedang membantu MOH dalam proses jejak kontak. Semua rakan sekerja wanita ini yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat pegawai ini sudah diberi Perintah Kuarantin.



"Pembersihan terperinci premis pejabat dan ruang awam telah dijalankan. ISD kini sedang memantau rapi keadaan pegawai itu dan rakan-rakan sekerjanya yang dikuarantin; pegawai ISD yang bekerja di dalam pejabat yang sama juga akan menjalani ujian Covid-19 minggu ini sebagai langkah berjaga-jaga," kata jurucakap itu lagi.



Pada Selasa (18 Mei), MOH, dalam kenyataannya menyenaraikan kakitangan MHA berusia 57 tahun ini sebagai antara 11 kes masyarakat tanpa kaitan dengan kes terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >