Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai pentadbiran wanita dijel 20 bulan kerana gelapkan $97,000

May 12, 2016 | 02:39 PM



SEORANG pegawai pentadbiran syarikat pengurusan hartanah dipenjara 20 bulan pada Khamis (12 Mei) kerana menggelapkan $97,139 wang sebuah perbadanan pengurusan.

Rashidah Ahmad, 38 tahun, yang bekerja dengan A4 International, mengaku pecah amanah wang milik Perbadanan Pengurusan Hak Milik Strata (MCST) kondominium The Quintet di Choa Chu Kang Street 64 antara 1 Mac 2014 dan 28 Feb tahun lepas.

Mahkamah diberitahu bahawa tanggungjawab Rashidah termasuk melayan pertanyaan penghuni kondominium itu, dan mengumpul semak tempahan kemudahan seperti pit barbeku dan gelanggang tenis.

Dia juga diamanahkan mengumpul wang tunai atau cek bagi yuran penyenggaraan kondominium, dana terikat, deposit bagi kerja ubah suai dan penggunaan kemudahan di kondominium itu bagi pihak syarikat dan memasukan wang ke dalam akaun bank MCST tersebut.

Siasatan menunjukkan antara 1 Mac 2014 dan 28 Feb tahun lalu, Rashidah mengumpulkan $97,139 tetapi menggunakannya bagi keperluan sendiri.

Bosnya membuat laporan polis pada 5 April tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) meminta hukuman 22 hingga 24 bulan, dan berkata terdapat unsur merancang dalam kes itu; jumlah terlibat besar; dan ada kerugian yang ditanggung penduduk kondominium tersebut.

Peguam Rashidah, Encik Zaminder Singh Gill, berkata anak guamnya benar-benar menyesali perbuatannya dan malu yang dia telah bawa ke atas suami dan keluarganya.

Menggesa mahkamah supaya memberinya peluang, beliau berkata Rashidah, suami dan bosnya telah mengaturkan cara membayar balik wang itu.

Rashidah bercadang menjual flatnya dalam kira-kira dua bulan.

Hakim Daerah Ng Peng Hong membenarkan Rashidah menangguhkan hukuman hingga 11 Julai bagi menguruskan pembedahan anak perempuannya. Dia juga telah berhenti kerja dan hari terakhir perkhidmatan pada 8 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >