Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai perintis Home Team diiktiraf

ERVINA MOHD JAMIL
May 28, 2015 | 01:19 PM



MEREKA mengharungi pahit getir berjuang memastikan keselamatan Singapura meskipun negara ini menghadapai pelbagai ancaman keselamatan sejurus merdeka.


Namun, mereka tetap mengutamakan kepentingan Singapura dan tabah berdepan dengan masa-masa sukar itu.


Pengorbanan dan sumbangan sekitar 150 pegawai perintis Home Team daripada pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Biro Narkotik Pusat (CNB) serta Pasukan Khidmat Penjara (SPS) itu diiktiraf dalam satu acara di Akademi Home Team (HTA) pagi tadi.


Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean yang menghadiri acara Penghormatan bagi Perintis Home Team itu selaku tetamu terhormat turut menyampaikan medalion peringatan SG50 Home Team kepada pegawai perintis Home Team itu.


Antara pegawai perintis yang hadir di acara itu ialah Encik Yunnos Shariff, 72 tahun, yang telah berkhidmat dengan SCDF selama 41 tahun.


Encik Yunnos yang bersara pada 2003 kini terus menyumbang sebagai relawan Unit Relawan Pertahanan Awam (CDAU) dan memainkan peranan sebagai jurupandu di Galeri Warisan Pertahanan Awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >