Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis didenda $4,000 kerana guna sistem komputer tanpa izin

Apr 28, 2015 | 06:18 PM



SEORANG pegawai polis telah dikenakan denda $4,000 selepas dia mengaku bersalah menggunakan sistem komputer polis tanpa kebenaran untuk mendapatkan maklumat mengenai seorang wanita yang telah mengadakan hubungan sulit dengannya.


Inspektor kanan balai Rick Goh Fu Yuan, 39 tahun, telah membuat satu carian menggunakan Sistem Komputer Pegawai Barisan Hadapan (Focus) dengan memasukkan nombor kad pengenalan Cik Joice Rosiana dalam kotak pencarian pada 11 Nov 2011.


Goh, yang pernah dikerahkan sebagai pegawai mahkamah, mengaku bersalah terhadap salah satu daripada tiga tuduhan penyalahgunaan komputer.


Perbuatan tersebut berlaku di ibu pejabat Divisyen Polis Central.


Peguam Goh, Encik Michael Chia, berkata anak guamnya yang telah berkhidmat selama 18 tahun kemungkinan menghadapi denda lebih berat dan hilang kerjayanya dalam SPF.


Goh boleh didenda sehingga $5,000 dan/atau dipenjara sehingga dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >