Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis subahat akses data tanpa izin, curi duit kawan sekerja

May 20, 2016 | 10:37 AM



PADA 2012, seorang pegawai polis membantu seorang kawan wanitanya memeriksa sejarah perjalanan bekas teman lelakinya kerana wanita itu mengesyaki status diplomat beliau.



Rishinder Singh Sidhu, 35 tahun, sedang makan malam dengan kawannya, Cik Jessica Ng Kar Lan dan Encik Yee Weng Kheong, 60 tahun, apabila Cik Ng menyuarakan syak wasangkanya mengenai bekas teman lelakinya dari Australia, Encik Reginald Lee Hum Hang, yang mendakwa beliau seorang diplomat.



Seorang sarjan di Polis Divisyen Clementi ketika itu, Rishinder menawarkan melakukan pemeriksaan mengenai perjalanan Encik Lee.



Dia menghasut seorang rakan pegawai polisnya supaya mengesan corak perjalanan Encik Lee pada sistem komputer Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Rishinder, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, dihukum penjara lima bulan pada Khamis (19 Mei) kerana bersubahat dalam perbuatan akses terlarang data, kecurian dan menghalang proses keadilan.



Pada 28 Nov 2013, dia mencuri $20 daripada Staf Sarjan (SSG) Noor Adnin Sainal, 30 tahun, rakannya di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah West. Beberapa pegawai melaporkan wang mereka dicuri antara September dan November.



Satu perangkap dipasang dan Rishinder dirakam melakukan perbuatan itu oleh kamera lubang jarum yang dipasang di stesen kerja SSG Adnin, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ryan David Lim.



Dalam kes ketiga, mahkamah mendengar bahawa seorang suri rumah, Cik Teo Hwee Leng, 48 tahun, menentang hubungan anak lelakinya dengan temanitanya. Pasangan itu pelajar berusia 20 tahun.



Semasa memeriksa telefon bimbit anaknya pada 21 Dis 2014, beliau menemui sebuah gambar lucah yang dihantar temanitanya dan merampas telefon itu. Menurut Cik Teo, beliau menghantar gambar lucah itu ke temanita anaknya menggunakan telefon itu, dan mengugut akan menyebarkannya jika gadis itu menghubungi anaknya.



Gadis itu membuat laporan polis.



Cik Teo dan suaminya, yang kenal Rishinder, menemuinya untuk mendapatkan nasihat, tanpa mengetahui dia telah meninggalkan pasukan polis pada Mac.



Pada 26 Disember tahun itu, Rishinder memberitahu Cik Teo supaya memadam mesej dan gambar lucah itu daripada telefon bimbitnya, untuk menggagalkan siasatan terhadap dakwaan ugutan jenayah Cik Teo.



Dia juga memberitahu Cik Teo supaya berkata beliau tidak berniat melaksana ancaman akan menghantar gambar lucah dalam talian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >