Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF hampir terperangkap semasa cuba keluarkan tubuh mangsa

Feb 27, 2014 | 04:58 PM



PENYELAMAT Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) hampir terperangkap bawah bas yang melanggar seorang warga India di Little India Disember lalu sedang beliau cuba mengeluarkan tubuh mangsa yang terperangkap.


Ini kerana sekumpulan perusuh bersikap kasar dan menolak bas tersebut, menyebabkan bicu hidraulik yang digunakan pegawai SCDF terjatuh.


Namun, pegawai SCDF itu berjaya segera beredar dari situ dan menarik keluar tubuh mangsa.


Demikian didedahkan Inspektor Balai Kanan (SSI) Akhbar Ali dari Pusat Polis Kejiranan Kampong Java dalam sidang perbicaraan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan pada 8 Disember itu.


Ia tercetus ekoran nahas jalan raya yang meragut nyawa Encik Sakthivel Kumaravelu, 33 tahun.


SSI Akhbar, 44 tahun, merupakan antara pegawai polis pertama yang tiba di tempat kejadian.


Semasa menjalankan operasi menyelamat itu, beliau telah berusaha menepis barang-barang yang dilontar perusuh terhadap bas terbabit itu.


Beliau juga berasa marah bila melihat kereta rondaan polis yang dipandunya telah diterbalikkan para perusuh.


Namun beliau tidak sempat menghalang mereka kerana sibuk menangani sekumpulan lagi perusuh di bahagian lain di Race Course Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >