Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai AS tandatangani buku takziah di Washington bagi mendiang S R Nathan

Aug 24, 2016 | 08:43 AM



WASHINGTON: Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Ehwal Pasifik Amerika Syarikat, Encik Daniel Russel, menandatangani buku takziah bagi mendiang mantan presiden S R Nathan di Kedutaan Singapura di Washington, DC pada Selasa (23 Ogos, Rabu waktu Singapura).



Sambil melahirkan ucapan takziah bagi pihak Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara John Kerry dan rakyat Amerika, beliau berkata mendiang Encik Nathan "akan diingati dan beliau akan dirindui".



"Kami mengagumi khidmat yang luar biasa sebagai Duta Singapura ke Amerika Syarikat, dan juga tempoh perkhidmatan beliau sebagai Presiden. Dedikasi sepanjang hayatnya kepada perkhidmatan awam, dan kemesraan peribadi dan rendah hati, menjadi inspirasi kepada kita semua," katanya.



Bercakap kepada media, Encik Russel berkata beliau mendapat penghormatan menemui mendiang ketika beliau menjadi pembantu kepada penolong setiausaha negara, manakala mendiang berkhidmat sebagai Duta Besar Singapura ke Amerika (1990 - 1996).



"Beliau seorang manusia luar biasa sederhana, seorang yang sangat terbuka dan baik, dan sudah tentu seorang diplomat yang sangat bertimbang rasa dan berpengetahuan," kata Encik Russel.



Beliau menambah bahawa selepas berakhirnya Perang Dingin, terdapat usaha membangunkan perkongsian baru dalam Asia dan "nasihat dan panduan (mendiang Encik Nathan) kepada kami sentiasa sarat dengan pandangan dan idea praktikal mengenai cara Amerika boleh menyumbang dan boleh memainkan peranan".



"Oleh itu, kami masih lagi bergantung pada pandangan dan kebijaksanaan Singapura," katanya.



Mengulas mengenai hubungan diplomatik 50 tahun antara Singapura dan Amerika, Encik Russel berkata lawatan rasmi baru-baru ini Perdana Menteri Lee Hsien Loong ialah satu "peristiwa meriah" di mana Encik Obama dan Encik Lee "dapat menunjukkan sekian banyak daripada kerja yang telah dilakukan selama ini oleh S R Nathan".



"Beliau, sepanjang kerjayanya, benar-benar menjangkau lima dekad dan seperti yang saya nyatakan, kerja-kerjanya di Amerika sebagai duta besar Singapura, pada masa sangat sukar di SEA (Asia Tenggara), kekal sebagai satu warisan penting," katanya.



Pada Isnin (22 Ogos), pada awal taklimat media harian Jabatan Negara Amerika, timbalan jurucakap Mark Toner juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Encik Nathan dan kepada rakyat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >