Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai teknikal dijel kerana cederakan pemandu lori

Jul 28, 2016 | 03:29 PM



SESEORANG pegawai teknikal SMRT yang menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pemandu dalam kes kemarahan jalan raya dipenjara tujuh bulan pada Khamis (28 Julai).



Abdul Hadi Abdul Sukor, 30 tahun, mengaku bersalah bulan lalu menumbuk muka Encik Seah Chong Beng, 66 tahun, dan memijak kaki kanannya, menyebabkan beliau mengalami keretakan di kawasan keliling mata dan hidung, pada 29 April tahun lepas.



Dia diarah membayar pampasan $200 kepada Encik Seah.



Mahkamah diberitahu bahawa Encik Seah sedang memandu lori syarikatnya di Bukit Batok Road pada hari itu apabila Hadi, yang menunggang motosikal, membunyikan hon terhadap lori tersebut dan memotongnya dari sebelah kanan.



Hadi memberi isyarat kepada pemandu lori itu, dan mereka berdua berhenti serta turun dari kenderaan masing-masing.



Hadi mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkannya pada Encik Seah, yang mengangkat tangannya untuk menghalang pandangan kamera telefon bimbit itu.



Dia kemudian menumbuk muka Encik Seah, membuat beliau jatuh. Sedang Encik Seah terbaring berdarah, Hadi memijak kaki kanan beliau beberapa kali.



Seorang penumpang depan menghalangnya menyerang Encik Seah, yang menghubungi polis.



X-ray buku lali kanan Encik Seah juga menunjukkan sebahagian kecil tulang terpatah dari tulang keringnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Ee Kuan berkata beliau tidak berupaya selama dua bulan dan terpaksa menggunakan kerusi roda atau tongkat sokongan untuk berjalan.



Beliau berkata Hadi tidak menunjukkan penyesalan kerana dia melarikan diri selepas kejadian itu dan dapat dikesan hanya kerana mangsa dan saksi mengambil gambar nombor plat motosikalnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >