Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai waran dijel kerana seks dengan budak

Oct 11, 2016 | 07:40 AM



SEORANG pegawai waran tentera pertengahan umur yang terlibat dalam kegiatan seks dengan seorang budak perempuan berusia 14 tahun dipenjara 10 bulan pada Isnin (10 Okt).



Teo Chye Siong, kini 44 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan penembusan seks ke atas seseorang budak bawah umur.



Mahkamah diberitahu bahawa Teo menjadi rakan budak itu di Facebook pada Mei 2014.



Dia tidak lama kemudian mula menyuntik kandungan seks dalam perbualan mereka.



Pada bulan yang sama, Teo, bekas sarjan mejar regimen bersama Batalion Keenam, Rejimen Infantri Singapura, bertemu budak itu di kolong blok flatnya.



Teo memandu budak itu ke Pantai Changi. Mereka duduk di bangku yang menghadap ke laut dan dia mencabul budak itu.



Kemudian pada hari sama, Teo membawa budak itu ke Taman Pasir Ris dan menyuruhnya melakukan perbuatan seks padanya, semasa mereka duduk di dalam keretanya.



Mangsa mematuhi beberapa minit.



"Selepas Teo dan mangsa berpisah, Teo terus berbual dengan mangsa di Facebook tentang mengadakan hubungan seks," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kavita Uthrapathy.



Dalam menyeru hukuman berat, DPP Uthrapathy berkata anak-anak Teo sendiri sebaya dengan mangsa.



Teo juga lebih-lebih lagi tahu budak itu masih bawah umur tetapi terus menghantar mesej lucah kepadanya di Facebook tentang mengadakan hubungan seks hingga Disember 2014.



Teo telah digantung daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >