Pegawai waran tentera pukul, tendang pembantu rumah

SESEORANG pegawai waran tentera memukul, mencubit dan menampar pembantu rumah barunya kerana tidak puas hati dengan kerjanya.

K. Rajakumari, yang berusia 56 tahun pada Selasa (6 Sep), mendera pembantu rumahnya dengan ucapan pedas, dengan memanggilnya "bodoh", dan tidak mengendahkan rayuan beliau agar dihantar balik ke ejen beliau.

Selepas perbicaraan 14 hari, Rajakumari, yang kini telah bersara daripada angkatan tentera selepas 35 tahun berkhidmat, didapati bersalah pada Isnin (5 Sep) terhadap lima pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Cik Sargunam Jeeva, seorang warga India, di kondominiumnya di Canberra Drive antara Februari dan Mac 2012.

Cik Jeeva, kini berusia 40 tahun, datang ke Singapura pada akhir Januari 2012 dan Rajakumari memilih beliau sebagai pembantu rumahnya daripada ejen beliau tiga hari kemudian.

Rajakumari memeriksa barang-barang Cik Jeeva dan mengeluarkan sekeping risalah Kementerian Tenaga Manusia dan bahan-bahan lain yang mengandungi maklumat kontek yang ditulis pembantu rumah itu.

Cik Jeeva dibayar $350 sebulan, tanpa sembarang hari pelepasan.

Pada minggu kedua Februari 2012, Rajakumari kerap memarahi beliau, dan ia kemudian menjadi penderaan fizikal.

Pada satu malam, Rajakumari memukul Cik Jeeva di bahagian belakang tubuhnya. Kemudian pada bulan itu, dia memarahi beliau kerana mengambil masa lama untuk membuka pintu, dengan memanggilnya "bodoh", dan kemudian memukul dahinya.

Pada malam 3 Mac 2012, selepas Cik Jeeva menyeterika uniform Rajakumari, dia melemparnya dan memarahi pembantu rumah itu kerana tidak tahu menggosok dengan betul.

Rajakumari memukul lengan kiri Cik Jeeva dengan penyangkut plastik. Pembantu rumah itu menangis dengan kuat, tetapi Rajakumari terus memarahi beliau.

Esoknya, Rajakumari terjatuhkan satu cawan di dapur semasa mengambilnya dari rak-rak. Dia memarahi Cik Jeeva kerana tidak menyusun cawan itu dengan betul, dan mencubit lengan kirinya tiga kali.

Pada malam 5 Mac, Rajakumari menyuruh Cik Jeeva memanaskan nasi beriani semalam, tetapi makanan itu telah basi dan pembantu rumah tersebut dimarahi dan ditampar di muka.

Rajakumari kemudian menarik rambut Cik Jeeva dan menolak mukanya ke gril tingkap. Pembantu rumah itu jatuh dan ditendang Rajakumari apabila beliau cuba bangun.

Cik Jeeva memberitahu Rajakumari beliau "tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi" dan minta dihantar balik ke ejennya. Rajakumari memberitahunya itu tidak mungkin kerana dia telah bayar untuk mengambil beliau.

Pada malam itu, Cik Jeeva memberi isyarat kepada pembantu rumah di rumah jiran supaya mendapatkan bantuan dan pembantu rumah tersebut memanggil polis.

Seorang pegawai polis kemudian mendengar Rajakumari memberitahu Cik Jeeva "maafkanlah saya, saya tidak akan melakukannya lagi. Tolong jangan beritahu sesiapa mengenai penderaan itu".

Tanpa diketahui Rajakumari, pegawai polis tersebut faham bahasa Tamil. Rajakumari kemudian mengaku memukul Cik Jeeva.

Pembantu rumah itu kini bekerja bersama majikan lain.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sruthi Boppana dan peguam bela A. P. Thirumurthy akan berhujah mengenai hukuman sesuai di hadapan Hakim Daerah Imran Hamid pada 5 Okt

Rajakumari menghadapi hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda $7,500 bagi setiap daripada lima pertuduhan yang dihadapinya.

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,346.750 +10.030