Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai waran terima Pingat Keberkesanan

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



TAHUN ini tidak mudah dilupakan oleh Pegawai Waran Kedua (2WO) Ahmad Ridwan Ismail.



Beliau bukan sahaja dikerah ke vokasyen baru dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), malah akhirnya menamatkan pengajian privet selepas hampir tujuh tahun berkorban tenaga dan masa dengan keluarga demi memburu segulung ijazah.



Baru-baru ini, 2WO Ahmad Ridwan pula menerima Pingat Keberkesanan daripada Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, di majlis penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan yang diadakan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Namun bersikap rendah hati, 2WO Ridwan berkata pencapaiannya itu bersandarkan kepada disiplin yang dipupuk sejak menyertai SAF pada 1997.



"Sebenarnya saya terkejut kerana diberi anugerah ini," ujar 2WO Ridwan, bercakap kepada akhbar ini baru-baru ini.



"Namun, saya berasa bertuah dan dihargai kerana anugerah seperti ini boleh mendorong saya agar terus mencapai yang terbaik dalam kerjaya saya.



"Saya percaya bahawa tanpa disiplin, saya tidak akan mencapai semua ini. Bagi saya, disiplin adalah kunci kejayaan bagi setiap apa yang kita usahakan," tambah beliau.



Mac lalu, 2WO Ridwan, 41 tahun, mendapat vokasyen sebagai Sarjan Mejar Rejimen (RSM) dalam unit Khidmat Sokongan Kombat (Pengangkutan), di mana beliau bertanggungjawab ke atas disiplin dan rejimen 550 askar.



2WO Ridwan juga dilantik memimpin pasukan pengangkutan bagi operasi pengebumian negara bagi mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Presiden S R Nathan, serta bagi pemimpin generasi perintis Dr Toh Chin Chye.



Melebihi tugas di dalam negara, 2WO Ridwan juga berpengalaman dalam mengendalikan operasi di luar negara seperti latihan Daring Warrior dengan tentera Amerika Syarikat di Fort Sill, Oklahoma, pada 2011, dan latihan Thunder Warrior dengan tentera New Zealand di Waiouru, New Zealand, pada 2014.



Latihan di luar negara seperti itu, yang kadangkala berlanjutan sehingga tiga minggu, membuat beliau lebih menghargai masa bersama keluarga, kata 2WO Ahmad.



Isterinya bertugas sebagai pegawai perkhidmatan awam, manakala anak lelakinya menuntut di menengah satu.



"Saya cuba meluangkan seberapa banyak masa di luar kerja dengan keluarga saya.



"Kami berjalan-jalan dan melakukan perkara lain yang dilakukan keluarga lain," ujar 2WO Ridwan.



Sejumlah 92 Pingat Kepujian, 119 Pingat Keberkesanan dan 448 Pingat Khidmat Jangka Panjang diberikan kepada 646 kakitangan Mindef dan SAF di majlis penyampaian anugerah tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >