Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai yang dituduh cabul wanita beri kenyataan berbeza mengenai apa berlaku: NEA

Jan 14, 2016 | 12:28 PM



SEORANG pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dituduh memeluk seorang wanita dari belakang telah memberi kenyataan berbeza mengenai apa yang berlaku, ujar NEA dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Jan).


"Pegawai yang ditonjolkan itu telah memberi kenyataannya mengenai apa yang berlaku, yang berbeza daripada apa yang dikatakan berlaku, kepada polis," kata seorang jurucakap agensi itu.


NEA berkata ia tahu mengenai hal yang berlaku di Suntec City Tower 2 pada 8 Januari itu.


Pegawai penguatkuasaan nampak seorang wanita merokok di laluan pejalan kaki berbumbung berhampiran tangga Suntec City Tower 2, dan meminta butir dirinya.


"Insiden itu berlaku sedang pegawai kami meminta butir diri beliau untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap beliau kerana merokok di tempat larangan merokok," kata NEA.


"Selepas itu, pegawai penguatkuasa meminta bantuan polis."


Agensi itu tidak memberi maklumat lanjut kerana polis sedang menyiasat kes tersebut.


Wanita berusia 33 tahun itu, yang tidak dinamakan, memberitahu Shin Min Daily News bahawa seseorang pegawai penguat kuasa NEA memeluknya dari belakang semasa cuba menghalang beliau meninggalkan tempat itu.


Beliau memberitahu akhbar berbahasa Cina itu beliau menyalakan rokok apabila menghampiri kawasan merokok di Suntec City Tower 2 semasa waktu rehat tengah hari.


Wanita itu kemudian ditahan seorang lelaki yang berkata beliau pegawai NEA.


"Lelaki itu mendakwa dia pegawai NEA dan meminta saya menunjukkan kad pengenalan saya, tetapi saya tidak membawanya jadi cepat-cepat saya menenyehkan puntung rokok saya dan cuba beredar," kepada Shin Min.


Menurutnya, dalam perjalanan kembali semula ke pejabatnya, beliau ditahan oleh lelaki kedua, yang menyekat beliau.


Beliau memberitahu Shin Min lelaki itu meminta kad pengenalannya, tetapi tidak menunjukkan pengenalannya sendiri. Beliau mengabaikan pegawai tersebut dan menelefon suaminya dan terus berjalan ke bangunan pejabatnya.


Wanita itu berkata semasa menggunakan pas kakitangannya untuk memasukkan gantri di bangunan pejabatnya, beliau berasa seseorang memeluknya dari belakang.


Setelah dapat melepaskan dirinya, beliau menyedari orang itu lelaki kedua.


Lelaki itu kemudian menyambar lengan kirinya dan hanya melepaskan apabila beliau memekik: "Apa yang awak mahu? Mengapa kamu melakukan ini?"


Beliau berkata pegawai itu menyentuh dadanya dan beliau berasa hina. Beliau kemudian menghubungi polis, lapor Shin Min.


Selepas kejadian itu, wanita tersebut cuba menaiki teksi tetapi dihalang oleh lelaki itu, yang membuka pintu dan memberitahu pemandu supaya jangan memandu pergi.


Wanita itu kemudian turunlah.


Tidak jelas apa yang berlaku seterusnya.


Kemudian, suami perempuan itu tiba di tempat kejadian dan mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan.


Polis mengesahkan laporan telah dibuat dan mereka sedang menyiasat.


NEA berkata pegawainya dilatih mengendalikan "keadaan mencabar di lapangan", dan agensi itu mempunyai "protokol ketat" bagi untuk membimbing mereka.


"Ini termasuk dalam menghampiri dan melepaskan pesalah, serta pengendalian situasi di mana pesalah cuba melarikan diri," kata NEA.


Pesalah yang didapati merokok di kawasan larangan boleh didenda daripada $200 hingga $1,000, menurut laman web agensi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >