Peguam calon PAP di Bukit Batok

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah menamakan peguam kanan K. Muralidharan Pillai sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil kawasan undi perseorangan (SMC) Bukit Batok, sebentar tadi.

Encik Pillai, 48 tahun, merupakan anggota pasukan PAP yang hampir menawan GRC Aljunied dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Beliau dinamakan sebagai calon PAP itu dalam satu sidang akhbar di cawangan parti itu di Bukit Batok.

Encik Murali, yang menerajui bahagian litigasi komersial firma Rajah & Tann, merupakan bekas setiausaha PAP di cawangan Bukit Batok.

PAP juga mengumumkan bahawa beliau telah dilantik sebagai pengerusi baru cawangan parti itu di kawasan undi tersebut.

Encik Murali dijangka menentang ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, yang secara rasmi mengumumkan pencalonannya semalam.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Encik David Ong, mantan Anggota Parlimen (AP) di kawasan undi itu meletak jawatan secara mengejut pada 12 Mac lalu.

Langkah Encik Ong itu dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan sulitnya bersama seorang anggota wanita PAP yang sudah berumahtangga.    

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.