Peguam Cara Negara mahu lebih banyak hukuman masyarakat bagi jenayah kurang serius

WALAUPUN tindakan tegas terhadap jenayah berat perlu demi kepentingan awam, Peguam Negara akan menimbangkan semua pilihan, seperti hukuman masyarakat, bagi jenayah kurang serius.

Jenayah berat termasuk pengedaran dadah, rasuah dan ancaman terhadap keharmonian sosial, kaum dan agama serta jenayah ganas.

"Demi kepentingan awam kita harus bersungguh-sungguh mendakwa jenayah ini dan kami akan mendesak bagi hukuman berat," Peguam Negara V.K. Rajah dalam ucapan pembukaan tahun guaman pada Isnin (11 Januari).

"Dasar ini tidak boleh dirundingkan kerana keamanan dan ketenteraman Singapura tidak boleh dirunding," kata Encik Rajah, yang juga Pendakwa Raya.

Bagaimanapun bagi jenayah kurang serius, pertimbangan aktif akan diberi kepada semua pilihan hukuman, tambah beliau, yang menyentuh dua perkara utama dalam ucapannya - dasar pendakwaan dan peranan pendakwa.

"Bagaimana pendakwa saya dan saya melakukan kerja kami mempunyai impak besar terhadap pesalah, terhadap mangsa jenayah, terhadap keluarga kedua-duanya, pesalah dan mangsa, terhadap undang-undang dan ketenteraman serta keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan jenayah di Singapura.

"Undang-undang jenayah tidak boleh dikuatkuasakan demi undang-undang semata-mata, sebaliknya demi kebaikan lebih besar dalam masyarakat," kata Encik Rajah.

Bagi jenayah kurang serius, katanya, pandangan lebih luas termasuk kesan pendakwaan.

Beliau berkata: "Bukan setiap pesalah adalah penjenayah degil dan mungkin ada keadaan peringan. Kita mempunyai rangka kerja bagi menilai perkara-perkara seperti itu. Oleh itu kadang-kadang, selepas mengambil kira pelbagai fakta, kami bersedia menimbangkan memberi nasihat atau meneruskan pendakwaan yang dikurangkan. Tetapi peluang kedua yang kami boleh beri bukan tiada batasnya."

Encik Rajah menjelaskan bahawa hukuman tidak selalunya menjadi pertimbangan utama atau satu-satunya pertimbangan yang sesuatu pertuduhan diteruskan.

Beliau berkata walaupun Parlimen telah membuka jalan dalam mewujudkan satu rangka kerja bagi hukuman masyarakat - di mana pesalah boleh memperbaiki jenayahnya sebagai alternatif kepada hukuman - pilihan ini sejauh ini kurang digunakan.

Oleh itu, pendakwa akan meminta mahkamah menimbangkan memberi hukuman masyarakat dalam kes yang sesuai.

Encik Rajah menambah: "Kita harus, bagaimanapun, berhati-hati. Apabila kita mendapatkan lebih banyak pengalaman dengan hukuman sedemikian, mungkin Parlimen boleh menimbangkan memberi pilihan ini kepada jenayah kurang serius lain.

"Wajar untuk menimbangkan kemungkinan memperkenal konsep hukuman tergantung, yang akan memberi insentif kepada pesalah untuk membuka lembaran baru."

Antara lain, pendakwa mengambil kira kes penyakit mental dan rawatan yang diperlukan dalam menangani pesalah.

Satu protokol telah diusahakan baru-baru ini bersama agensi lain bagi kes pesalah pencari nafkah yang sedang menghadapi hukuman penjara panjang, untuk menilai kesan ke atas keluarga dan tanggungannya.

"Apabila pesalah mempunyai prospek nyata untuk pilih dan pencegahan umum bukan pertimbangan utama hukuman, pendakwa akan meminta hukuman berunsur pemulihan," ujar Enciki Rajah.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) kini mempunyai skim untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga dan tanggungan pesalah dalam kes-kes sesuai dan maklumat relevan dikongsi lebih awal bagi menyokong MSF.

Secara berasingan, pemerintah sedang mengambil pandangan baru berkaitan isu-isu keadilan belia dan Peguam Cara Negara Kedua, Encik Kwek Min Luck, sedang menyertai satu kajian antara kementerian, termasuk Kementerian Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri, dan Mahkamah-Mahkamah Negeri.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.