Peguam dibebas daripada tuduhan cabul lepas kes dikompaun

SEORANG peguam dibebaskan pada Khamis (26 Nov) daripada tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di bilik hotel selepas perkara itu dikompaun.

Encik Ismail Atan, 44 tahun, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 28 tahun itu dengan menarik tangannya dan cuba mencium dan memeluknya.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di dalam bilik hotel di kawasan Balmoral pada petang 4 Julai 2013.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dwayne Lum memberitahu mahkamah perkara itu telah dikompaun dan surat permohonan maaf telah dikemuka.

Peguam Encik Ismail, Encik Mohan Das Naidu, mengesahkannya.

Perbicaraan kes itu asalnya ditetapkan selama dua hari.

Undang-undang membenarkan kesalahan jenayah tertentu - seperti pencabulan ringan, penahanan salah dan kenakalan - diselesaikan di luar mahkamah jika mangsa bersetuju menggugurkan perkara itu dengan pampasan tertentu sebagai balasan.

Pesalah yang kesnya dikompaun tidak akan mempunyai rekod jenayah.

Hukuman maksimum bagi kesalahan mencabul kehormatan ialah penjara dua tahun, denda dan sebat.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.