SEORANG peguam semalam dibebaskan daripada tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah bilik hotel selepas kes itu diselesaikan di luar mahkamah.
Encik Ismail Atan, 44 tahun, dibebaskan daripada tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 28 tahun itu dengan menarik tangannya dan cuba mencium dan memeluknya.