Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam harus bersikap jujur, berintegriti pada bila-bila masa: Ketua Hakim

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



KETUA Hakim Sundaresh Menon menyatakan para peguam harus bersikap jujur dan berintegriti tidak kira jika mereka beroperasi dalam sekitaran sebenar atau alam maya.



Beliau berkata demikian setelah berlakunya 11 kes penipuan semasa peperiksaan Bar 2020.



"Fakta mudahnya ialah, kita sebagai peguam, sepatutnya bersikap dengan secara terhormat dan jujur, tidak kira jika kita beroperasi dalam sekitaran sebenar atau alam maya, dan tidak kira jika ada sesiapa yang memantau kita," katanya.



"Ini kerana selaku peguam kita diperlukan, pertama sekali, menjadi orang yang berintegriti."



Ketua Hakim Menon berkata demikian kepada lebih 150 peguam baru di sesi pertama pertemuan tahun ini bagi pengambilan para peguam baru.



Secara keseluruhannya, lebih daripada 460 peguam baru akan "dipanggil" ke Bar sepanjang tiga sesi - semalam dan hari ini.



Ini merupakan kali pertama selepas dua tahun persidangan video bagi majlis tahunan itu berlangsung, di mana para pemohon hadir di auditorium Mahkamah Tinggi sementara keluarga mereka turut serta secara dalam talian.



Merujuk kepada kes melibatkan 11 calon yang telah menipu dalam ujian Bar Bahagian B pada 2020, beliau berkata format alam maya mungkin telah memudahkan lagi mereka yang terbuka kepada langkah menipu.



Namun terdapat juga contoh lain di mana peguam dihukum kerana cara mereka yang tidak boleh diterima - menggunakan kaedah teknologi seperti membuat teguran yang menghina secara dalam talian atau terlibat dalam gangguan seksual menggunakan alat elektronik.



Dalam ucapannya, Ketua Hakim Menon mengingatkan para peguam baru bahawa mereka dijangka menjadi wanita dan lelaki yang terhormat.



Apabila dipanggil ke Bar, mereka akan menerima beberapa keistimewaan termasuk hak untuk tampil di mahkamah bagi pihak seseorang yang lain, namun ini juga memerlukan tanggungjawab, katanya.



"Desakan atas kehormatan kerjaya guaman bukan sahaja kritikal kepada pentadbiran pengadilan, tapi juga penting kepada keyakinan awam dalam proses pengadilan, dan pucuknya kepada kesahihan sistem perundangan kita," kata Ketua Hakim Menon.



Beliau turut ketengahkan kes-kes terbaru para peguam wanita yang didera atau dicabul kehormatan oleh rakan-rakan lelaki mereka.



Ini termasuk kes Samuel Seow yang digugurkan daripada Bar pada Mei lalu kerana mendera secara fizikal dan verbal terhadap tiga pekerja wanita termasuk seorang peguam wanita yang merupakan anak saudaranya.



Ketua Hakim Menon akur bahawa mangsa penderaan sedemikian perlu berhadapan dengan prospek ketengahkan perkara tersebut menerusi proses formal, yang menimbulkan pula kebimbangan akan dikenal pasti dan mendapat stigma, dan kadangkala rasa cemas bahawa aduan mereka tidak akan diberi perhatian serius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >